Wakaf Naik Taraf Karpet Surau Al-Ridzuan
“Rasulullah SAW menyuruh membina masjid-masjid di kawasan penempatan dan menyuruh supaya masjid-masjid itu sentiasa dibersihkan dan diharumkan”. (Riwayat Abu Daud).
Masjid dan Surau yang selesa dan bersih penting untuk mencapai matlamat ibadah yang sempurna.
Tapi di surau Al-Ridzuan, Perak, pihak jawatankuasa surau tidak mampu untuk memberikan keselesaan penuh kepada kariah yang hadir menunaikan solat.
Surau itu sendiri sudah lama tidak dinaik taraf sejak 1998. Karpet yang sedia ada semakin menipis dan kasar sehinggakan nak solat pun dahi akan terasa sakit.
Disebabkan masalah kewangan, fasiliti surau tersebut tidak dapat dinaik taraf. Duit tabung surau pula hanya cukup-cukup untuk membayar keperluan bil elektrik dan air serta jemputan penceramah.
Dan rata-rata kariah masjid hanya bekerja di kampung sahaja.
Walaupun begitu, surau tersebut tetap aktif dengan aktiviti keagamaan dan kemasyarakatan terutama sekali ketika Ramadan.
Oleh itu, bersempena Ramadan, kami memerlukan sokongan para pewakaf untuk mewakafkan serendah RM30 sahaja untuk naik taraf kemudahan masjid ini terutamanya karpet buat keselesaan para jemaah.
Ayuh, kita gunakan peluang ini untuk rebut sebanyak mungkin ganjaran berganda bulan Ramadan dengan berwakaf ke atas surau Al-Ridzuan.
Ganjaran pahala sehingga 700 kali ganda menanti mereka yang lakukan kebaikan dalam bulan Ramadan. Semoga usaha kecil ini menjadi asbab kariah di sana mengerjakan ibadah yang sempurna di bulan mulia.
Selain wakaf untuk diri sendiri, anda juga boleh niatkan wakaf anda untuk:
- Ibu bapa yang sudah meninggal dunia atau yang masih hidup
- Isteri, anak-anak atau sahabat yang pernah berbudi dgn kita
- Lunaskan hutang kita kepada mereka yang kita sudah terputus hubungan