Penduduk Islam di Afrika hafal Al - Quran atas mushaf kayu, ayuh gantikan mushaf kayu mereka kepada naskhah Al Quran.


Alhamdulillah tim MyFundAction dah selamat pulang dari misi 18 hari di Guinea, Afrika. Sepanjang mereka di sana, mereka dapat lihat sendiri keadaan anak-anak Afrika di sana.




Semua serba tak cukup.  Berbeza sangat kalau nak dibandingkan dengan Malaysia.


Keadaan sekolah mereka, sempit sangat. Malah bumbung pun tak ada. Tapi semangat mereka untuk menuntut ilmu sangat hebat.




Ramai anak-anak Afrika yang membaca & menghafal ayat-ayat suci Al-Quran. Dan, untuk menguatkan lagi hafalan, ada yang akan menulis ayat tersebut di atas sekeping papan. 


Senaskah Al-Quran sangat berharga di sana. Berebut-rebut anak-anak Afrika ini nak dapatkan Al-Quran sebab Al-Quran yang mereka ada banyak yang telah lusuh, carik dan koyak.




Disebabkan sangat terhad, mereka terpaksa berkongsi dengan yang lain supaya setiap orang dapat merasa nikmat membaca Al-Quran .


Oleh itu, misi MyFundAction di sana salah satunya adalah untuk mengedarkan naskah Al-Quran baru buat anak-anak Afrika.


Dan alhamdulillah, daripada 6 madrasah yang dilawati, sebanyak 500 naskah Al-Quran telah berjaya diedarkan. Tapi, itu pun belum mencukupi, pelajar di sana saja sudah ada lebih kurang 1,000 orang. 






Jadi #jiwabaik, apa kita semua tunggu lagi, jom wakafkan senaskah Al-Quran baru buat saudara kita di Afrika sana. Semoga ini akan menjadi saham akhirat buat kita



Satu je harapan kami di MyFundAction adalah supaya satu hari nanti, generasi kanak-kanak di sana dapt menjadi generasi yang celik Al-Quran, seterusnya memegang gelaran Hafiz dan Hafizah.





Perhatian! Sila lengkapkan borang di bawah.

Ruangan yang wajib diisi

PILIHAN SUMBANGAN

Pilihan Kuantiti Nilai (RM)
Wakaf Keluarga (5 ahli keluarga) - RM250
Wakaf Ibu Bapa - RM100
Wakaf Individu - RM50
Kongsi Rezeki Pendidikan di Afrika - RM30
JUMLAH
JUMLAH KESELURUHAN (RM)
Caj Perkhidmatan Peniaga (RM)

BUTIRAN PENYUMBANG

BUTIRAN SUMBANGAN