Wakaf Bina Semula Rumah Allah Yang Uzur
"Masjid Di Dunia, Istana di Syurga"
مَنْ بَنَى لِلَّهِ مَسْجِدًا بَنَى اللَّه لَهُ بَيْتًا فِي الْجَنَّة
“Siapa yang membangun satu masjid untuk Allah, Allah akan membangunkan untuknya satu rumah di syurga.” - (Muttafaq 'alaih)
Tak sangka sudah hampir 10 tahun penduduk Lok Poring, Sabah terpaksa solat berjemaah di surau yang dhaif ini. Bukan itu saja, mereka tak dapat imarahkan surau sepenuhnya atas sebab faktor keselamatan.
Surau ini menjadi tempat solat bagi 3 buah kampung berdekatan iaitu Kampung Baru, Kampung Wakwak dan Kampung Gintisan. Surau ini juga tidak mempunyai ruang solat tertutup untuk jemaah muslimat.
Tuan/puan, kalau kita sendiri pun pasti akan memilih untuk solat di masjid/surau yang selesa kan? Mereka di sini pula tiada pilihan dan terus bersabar solat di surau itu selama bertahun-tahun.
Proses pembaikan sudah pun bermula sejak tahun lepas namun terhenti pembinaannya kerana tidak cukup duit. Sukar bagi mereka untuk cukupkan keperluan sedangkan kebanyakan penduduk hanyalah terdiri daripada peniaga kecil dan nelayan sahaja.
TEMPAH MAHLIGAI IDAMAN DI SYURGA DENGAN WAKAF BINA RUMAH ALLAH
Pakej Wakaf Al-Firdaus - RM 1,000
Pakej Wakaf Al-Amin - RM500
Pakej Wakaf An-Naim - RM100
Pakej Wakaf Al-Insan - RM50
Pakej Wakaf Al-Ihsan - RM30
Sesungguhnya Allah sebaik-baik pemberi ganjaran. Moga Allah terima ibadah kita in shaa Allah...