90% Pembinaan masjid hampir siap!
Masjid yang dahulunya hanya mampu menampung 400 orang pada satu masa, kini sudah siap 90% pembinaan!
Terima kasih rakyat Malaysia yang berkongsi rezeki untuk masjid kita ini. Hanya Allah sebaik-baik pemberi ganjaran. Masjid baru ini akan dapat memuatkan lebih banyak jemaah iaitu kira-kira 1,500 pada satu masa. Sesuai dengan penduduk Muslim di Tronoh, Perak yang sudah melebihi 10,000 orang.
"Orang yang mewakafkan hartanya akan diganjarkan pahala berkekalan selama mana harta wakaf itu masih ada dan terus dimanfaatkan serta tidak musnah..."
Berbaki 10% sahaja lagi pembinaan masjid yang belum selesai melibatkan kerja pembinaan jalan berturap dan pagar, juga pemasangan karpet. Sebolehnya, kita tidak mahu pembinaan masjid ini terhenti. Ini untuk kemudahan penduduk setempat juga.
Jadi, kami membuka peluang kepada tuan-tuan dan puan-puan untuk mewakaf sebahagian daripada harta untuk keperluan berikut yang belum selesai:
Sabda Rasulullah SAW:
Siapa membina sebuah masjid kerana Allah, sama ada dia kecil atau besar, pastilah Allah akan membinakan untuknya sebuah rumah (istana) dalam syurga.
[Hadith riwayat Al-Bukhari dan Muslim]
Moga Allah SWT redha usaha kita in shaa Allah...