Baik Pulih Sistem Kumbahan Masjid Jamek Kg Kurnia Jaya

Siapa yang selalu ke masjid atau surau mesti sensitif dengan isu bau tandas dan tempat kumbahan kan? Nak singgah untuk beribadah pun kurang selesa jika sistem kumbahan di masjid/surau bermasalah. Lebih rela solat di surau RNR atau stesen minyak sahaja.




Itulah yang berlaku di Masjid Jamek Kg Kurnia Jaya, Kamunting, Perak. Sistem kumbahan perlu dibaiki dan dibersihkan segera kerana bau-bau yang kurang menyenangkan telah menganggu para jemaah sejak tahun lalu. Jika keadaan ini terus berlaku, masjid ini tak mampu berperanan sebagai tempat beribadah. Tak mungkin dapat imarah seperti masjid atau surau yang lain. 





Bukan pihak masjid tak nak baiki, terkadang keperluan lain jauh lebih penting dan kutipan tabung masjid hanyalah cukup-cukup untuk membiayai bil elektirik, bil air dan jemputan penceramah.  Masalah kumbahan ini tergendala disebabkan masalah kewangan yang dihadapi.



Rata-rata kariah masjid juga terdiri daripada golongan yang bekerja di kampung sahaja.


“Rasulullah SAW menyuruh membina masjid-masjid di kawasan penempatan dan menyuruh supaya masjid-masjid itu sentiasa dibersihkan dan diharumkan”. 

(Riwayat Abu Daud).


Subhanallah, begitu penting peranan kita sebagai umat Islam dalam memelihara rumah Allah sehinggakan dipetik dalam hadis tentang kepentingan menjaga kebersihan. 


Ayuh sahabat, raih pahala jariah dengan berwakaf untuk baiki sistem kumbahan di masjid ini yang menelan belanja sebanyak RM 10,000.


Semoga sedikit harta yang kita belanjakan menjadi asbab kariah di sana dapat mengerjakan ibadah dengan sempurna dan selesa.


Selain wakaf untuk diri sendiri, anda juga boleh niatkan wakaf anda untuk:

  • Ibu bapa yang sudah meninggal dunia atau yang masih hidup
  • Isteri, anak-anak atau sahabat yang pernah berbudi dgn kita
  • Lunaskan hutang kita kepada mereka yang kita sudah terputus hubungan


Perhatian! Sila lengkapkan borang di bawah.

Ruangan yang wajib diisi

PILIHAN SUMBANGAN

Pilihan Kuantiti Nilai (RM)
Pakej Ma'wa RM30
Pakej Rayyan RM50
Pakej Adni RM100
Pakej Naim RM200
JUMLAH
JUMLAH KESELURUHAN (RM)
Caj Perkhidmatan Peniaga (RM)

BUTIRAN PENYUMBANG

BUTIRAN SUMBANGAN


Maklumat Organisasi

MyFundAction
info@myfundaction.org
+60162341090