Hai semua, alhamdulillah kami, tim MyFundAction dah selamat pulang dari misi di Guinea, Afrika.



Sepanjang misi kami dekat sana, kami dapat tengok sendiri depan mata kami macam mana daifnya keadaan saudara kita semua. Mereka tiada sumber air bersih sendiri padahal air itu sangat penting.


Mereka cuma ada bekalan air keruh. Air itu jugalah yang digunakan untuk memasak, minum, dan yang paling mengejutkan, bekalan air sama dikongsi dengan binatang ternakan! 


Sampaikan ada anak-anak yang terpaksa ponteng sekolah untuk keluar berjalan sejauh 2km semata-mata nak dapatkan air bersih. Sedih sangat bila dengar cerita ni.


Kita sendiri kalau tiada air pun dah rasa susah. Macam mana la mereka boleh hidup dalam keadaan sebegitu. Sebab itu, kami nak ajak semua, jom kita sama-sama telaga air buat anak anak kat sini :)


Dalam satu kawasan, Mar dengan kerjasama MyFundAction nak bina dalam 20 telaga air manual di kawasan Missamana, Macenta dan Nzerekore.


Satu je harapan Mar, supaya zaman kanak kanak mereka tidak lagi dipenuhi dengan memori hidup susah mencari air dan akhirnya tidak dapat pendidikan.



Jadi, kalau korang nak bersama sama Mar dalam misi kali ini, korang boleh tekan pilihan dekat bawah ya. Thanks korang !


Perhatian! Sila lengkapkan borang di bawah.

Ruangan yang wajib diisi

BUTIRAN PEMBELIAN

Produk Kuantiti Harga (RM)
Wakaf Diamond RM5000
Wakaf Platinum RM1000
Wakaf Gold RM500
Wakaf Silver RM100
Wakaf Umum RM50
JUMLAH
JUMLAH KESELURUHAN (RM)
Caj Perkhidmatan Peniaga (RM)

BUTIRAN PELANGGAN

BUTIRAN PEMBAYARAN