KULIT MEREKA KERING, PEDIH DAN LUKA..
AYUH, HANGATKAN ANAK-ANAK SYRIA YANG KEDINGINAN
Ketika mana kita tidur nyenyak tiap malam, bagaimana keadaan pelarian Syria yang tidur kesejukan beralaskan tikar di tengah musim sejuk? Mampu lenakah mereka?
Tanpa selimut tebal, dalam khemah yang lusuh apatah lagi baju sejuk, rakyat Syria berdepan dengan musim sejuk yang suhunya dianggarkan mencecah 9 darjah celcius!
Anak-anak yang kami temui di sana pipi-pipi mereka merah dan merekah kerana kulit kering akibat cuaca yang sejuk. Rupanya masih ramai juga anak-anak di sana yang hanya memakai pakaian seadanya. Ada yang berkaki ayam atau hanya mengenakan selipar nipis untuk berjalan.
Meskipun kita tak dapat memberikan pelukan hangat kepada mereka secara lansung, in shaa Allah kehangatan kita akan tersampai kepada mereka melalui ikhtiar ini.
Jom hiburkan anak-anak dan keluarga di Syria dengan bantuan kelengkapan musim sejuk dan barang makanan asas agar dapat meringankan sedikit beban buat mereka di sana.
PAKEJ MUSIM SEJUK SYRIA
RM150 ( 1 KELUARGA)
RM300 ( 2 KELUARGA)
RM450 ( 3 KELUARGA)
RM XX (Pakej Seikhlas Hati)