Kembalikan senyuman anak-anak di Syria yang telah lama hilang
Bayangkan ribuan anak-anak Syria yang kita boleh selamatkan dengan adanya kilang roti ini..
Jika kita harus makan nasi setiap hari, rakyat di Syria pula lazimnya makan roti sebagai makanan utama mereka. Kita sangat beruntung hari ini kerana masih mampu memilih nak makan apa hari ini, nak makan di restoran mana sedangkan mereka tiada pilihan selain mengharapkan roti yang dicicah bersama minyak zaitun.

Seorang wanita berumur seperti Ummu Hanaf tidak akan mampu menghasilkan roti buat 25,000 keluarga Syria dengan hanya menggunakan tempayan itu sahaja. Jadi dengan adanya kilang yang dilengkapi mesin, bekalan roti dapat dihasilkan secara berterusan dan kira-kira 7,000-10,000 keping roti dapat dihasilkan jika beroperasi secara rutin.

Dalam satu hadis : Wahai Rasulullah, sedekah mana yang lebih besar pahalanya?
Baginda menjawab, "Engkau bersedekah pada saat kamu masih sihat, saat kamu takut menjadi fakir dan saat kamu berangan-angan ingin menjadi kaya. Maka janganlah kamu menunda-nunda untuk memberi hingga apabila nyawamu telah sampai di tenggorokan baru kamu berkata, "Untuk si fulan sekian dan untuk si fulan sekian dan harta itu sudah menjadi hak si fulan."
(Muttafaqun 'alaih HR Bukhari No 1419 dan Muslim No 1032)
Semoga dengan usaha ini, tiada lagi tangisan kelaparan dari saudara seaqidah kita di sana In shaa Allah...