[MASJID BINAAN RAKYAT MALAYSIA DI SYRIA, PERLU RM200,000 SAHAJA LAGI]

Hanya RM200,000 sahaja diperlukan lagi untuk pembangunan masjid ini dan hampir 80% siap dengan keluasan 400m persegi. Dengan pemberian serendah RM50, nama anda telah tercatat sebagai pewakaf dengan jaminan pahala yang terus mengalir walaupun anda telah meninggal kelak. SubahanaAllah..
Masjid ini merupakan kemudahan yang terdapat dalam Kampung Malaysia. Kampung Malaysia diwujudkan bagi menyelesaikan masalah pelarian Syria yang datangnya kebanyakan dari Idlib ketika tragedi regim Assad menghalau mereka pada Feb 2020 yang lalu.
Masjid ini bakal dibangunkan untuk kegunaan :
1. Pusat melaksanakan ibadah secara berjemaah
2. Tempat menyatukan penduduk Syria yang baru berhijrah.
3. Tempat aktiviti keagamaan sepanjang bulan Ramadhan dan aktiviti pernikahan
4. Melengkapkan wilayah perkampungan Malaysia sebagai penempatan baru buat pelarian Syria.
Rasulullah SAW bersabda:
"Sesungguhnya antara amal kebaikan yang mendatangkan pahala setelah orang yang melakukannya meninggal dunia ialah ilmu yang disebarluaskan, anak soleh yang ditinggalkannya, mushaf (kitab-kitab keagamaan) yang diwariskannya, masjid yang dibina, rumah yang dibina untuk penginapan orang yang sedang dalam perjalanan, sungai yang dialirkannya untuk kepentingan orang ramai dan harta yang disedekahkannya."
BAGAIMANA INGIN BERKONGSI REZEKI?
Anda boleh memilih mana-mana pakej seikhlas hati anda:
PAKEJ A – RM500
PAKEJ B – RM200
PAKEJ C – RM100
PAKEJ D - RM50
Kami dari MyFundAction dengan rendah hati ingin mengajak rakyat Malaysia untuk berganding bahu bagi menjayakan projek ini. Sumbangan dan keprihatinan anda didahului dengan ucapan terima kasih. Hanya Allah yang mampu membalasnya.
Untuk maklumat lanjut mengenai pertubuhan, program dan aktiviti, sila lawati:
Facebook: https://www.facebook.com/myfundaction.org