Ramadan tahun ini akan menjadi Ramadan yang sangat berat buat saudara kita di Palestin
Bila mana kita di sini tak sabar menikmati juadah berbuka puasa, lebih 2 juta penduduk di Gaza masih terperangkap di kem yang serba sesak tanpa makanan. Takda satu tempat pun yang selamat.
Ke mana lagi mereka harus pergi?
Agihan makanan di kem Deir Al Balah buat 5,000 penduduk
Boleh jadi ini makanan terakhir yang kita hidangkan buat mereka. Siapa tahu, mereka menemukan syahid terlebih dahulu sebelum sempat merasa juadah berbuka puasa.
Terkini, pada 1 April 2024, sejumlah 20 tan barangan bantuan bernilai lebih RM 670,000 dihantar ke Gaza melalui pengangkutan laut hasil gabungan antara OPS IHSAN, MyFundAction, MAHAR, Friends of Palestine dan Aramex.
Dan ini adalah misi bantuan melalui pengangkutan laut yang pertama ke Gaza dari Malaysia! Subhanallah...
Begitu hebat aturan Allah, bantuan ini dihantar pada 10 malam terakhir Ramadan. Maksudnya, Allah nak bagi pahala lebih buat anda yang telah berkorban membelanjakan harta buat saudara kita di Gaza.
Pada November 2023 yang lalu, misi bantuan OPS IHSAN telah dihantar melalui pengangkutan udara sewaan khas oleh Kerajaan Malaysia dengan jumlah bantuan sebanyak 20 tan juga.
Hanya Allah SWT yang mampu membalas pemberian kalian, setidak-tidaknya jika dihisab di hadapan Allah kelak, kita sudah ada jawapan bagaimana cara kita membela nasib mereka di sana. Jangan lupakan mereka dalam setiap doa-doa kita.
Sebarang laporan terkini berkenaan agihan bantuan dari MyFundAction boleh terus layari laman sesawang myfundaction.org atau ke instagram kami, @myfundaction.