[KEBERSAMAAN RAKYAT MALAYSIA IBARAT AUR DENGAN TEBING!]
KEPERITAN HIDUP, SATU EPISOD KESUSAHAN YANG TIDAK ASING LAGI.
Isu kos sara hidup dan juga isu diberhentikan pekerjaan bukan satu perkara baru di musim covid ini malah ia sudah menjadi suatu berita yang sentiasa didengari oleh seluruh rakyat.
Jika kita perhatikan kini makin ramai rakyat Malaysia yang mula ‘gulung tikar’ bagi yang berniaga, diberhentikan kerja oleh majikan dan ramai juga yang mula mengalami simpanan kewangan yang semakin mengurang.
Kerisauan pandemik covid yang berlanjutan dan kes yang meningkat memberi kesan kepada golongan marhaen. Mari kita peduli dengan nasib saudara kita diluar sana yang :
~ Diberhentikan kerja / diarah cuti tanpa gaji.
~ Tutup perniagaan kerana kos yang tinggi.
~ Berjauhan dengan keluarga akibat tugas pada negara (Frontliners)
BERKONGSILAH SUPAYA ALLAH MELINDUNGI KITA DARIPADA API NERAKA
Dari ‘Adi bin Hatim r.a. kata bahawa Rasulullah SAW bersabda:
Siapa yang sanggup mendinding dirinya dari api neraka. Walaupun dengan (bersedekah) sebelah buah kurma, maka hendaklah dia lakukan (segera).
(HR Muslim)
DALAM REZEKI KITA, ADA REZEKI UNTUK MEREKA YANG MEMERLUKAN.
Di saat Allah membuka pintu rezeki kita yang melimpah ruah,masih cukup dan tidak terkesan dengan pandemik ini.
Tidaklah berkurang rezeki jika dikongsikan sebahagian rezeki itu untuk membantu mereka yang memerlukan seperti keluarga, jiran tertangga dan masyarakat di luar sana.
Setiap rezeki yang anda kongsikan, kami akan gunakan untuk menyediakan :
~ Bantuan bekalan makanan asas
~ Hygiene Kit
** Anggaran kos bagi sebuah keluarga adalah bernilai RM140.
InsyaAllah semoga asbab kebaikan anda membantu keluarga ini, rezeki anda akan diberkati dan terbuka seluasnya pintu rezeki buat keluarga anda. Semoga kita sentiasa di bawah lindungan dan keberkatan Allah.
CAHAYA ATAS KEBAJIKAN YANG DIBERI
Ibnu Abbas berkata:
"Sesungguhnya kebajikan itu memberi cahaya kepada hati, kemurahan rezeki, kekuatan jasad dan disayangi oleh makhluk yang lain. Manakala kejahatan pula boleh menggelapkan rupa, menggelapkan hati, melemahkan tubuh, sempit rezeki dan makhluk lain mengutuknya.
AYUH KITA MEMBAWA SINAR KEGEMBIRAAN BUAT MEREKA YANG TERKESAN.
Anda boleh pilih pakej di bawah untuk taja bantuan buat keluarga yang dibantu melalui program Rezeki Ummat.
✅ BANTU 1 KELUARGA SELAMA 6 BULAN – RM 1920
✅ BANTU 5 KELUARGA – RM 700
✅ BANTU 3 KELUARGA – RM 420
✅ BANTU 1 KELUARGA – RM 140
✅ SEIKHLAS HATI - RM 30
Untuk bantuan secara manual/transfer/CDM boleh bank in ke akaun di bawah.
Bank : MAYBANK
Nama : Yayasan Kebajikan Muslim (MYFUNDACTION)
No akaun : 550510970278
Reference : “Rezeki Ummat”