[DINDING BERCANTUM DENGAN ATAP ZINK, TIKUS BANYAK MASUK DISEBABKAN LUBANG YANG PECAH]

Kak Ida dan keluarganya duduk di rumah pusaka datuknya selepas mereka berpindah. Sebelum ini dia dan suaminya menumpang rumah mak ayah mertuanya. Tetapi beliau dan suaminya berasa tidak selesa kerana banyak keluarga atau kelamin yang duduk sekali di rumah tersebut.
Suaminya buat keputusan untuk berpindah di rumah kecil ini yang mana pada mulanya rumah ini tersangatlah kecil tetapi disambungkan sedikit di bahagian hadapan bagi meluaskan rumahnya. Suaminya bekerja sebagai buruh yang tidak tetap disebabkan itu kak ida berniat membantu suaminya dengan menjual kuih bagi menampung keluarganya.
Kadang-kadang kak ida mengambil upah seterika baju dan mengemas rumah. Hasilnya bagi menyara anaknya yang masih bersekolah. Beliau mempunyai 2 orang anak perempuan dan lelaki yang masing-masing berumur 13 tahun dan 18 tahun. Anak perempuan dan lelakinya terpaksa berkongsi 1 bilik yang sama, ini amat tidak sesuai apa yang dianjurkan oleh agama Islam.
Atap zink rumah ini bocor dan apabila hujan, pastinya air akan masuk di dalam rumah tersebut. Rumahnya yang agak rapuh rapuh dan kekudanya pula agak reput pastinya membahayakan nyawa keluarga ini. Kebersihan rumah ini tidak terurus kerana tikus selalu masuk di Kawasan rumah ini.
Marilah berkongsi rezeki buat puan Asnida untuk membina rumah yang agak selesa bagi keluarga ini. Hanya dengan bantuan dari rakyat Malaysia pastinya memberikan semangat semula buat keluarga ini.