“BEKALAN ELETRIK TERHAD KEPADA 7 JAM SEHARI”
Puan Siti Fatimah dan keluarganya tinggal di kampung Bukit Aman, Terengganu. Dia mempunyai 2 orang anak yang berumur 15 tahun sekolah harian dan 13 tahun yang sedang belajar di sekolah pondok.
Puan Fatimah terpaksa jadi ketua keluarga kerana suaminya mengalami ketumbuhan di kepala dan baru sahaja melakukan pembedahan di kepala.
Dia bekerja sebagai penoreh getah di waktu pagi untuk menampung perbelanjaan mereka tetapi itu tidak mencukupi. Dia berusaha lagi untuk menjual pokok keladi dan pokok serai bagi menampung sedikit sebanyak perbelanjaan mereka. JKM juga ada membantu mereka dengan memberikan bantuan sebanyak RM 300.00 sebulan.
.
Rumah mereka ini hanya sebuah rumah yang melindungi mereka dari hujan dan panas tetapi tiada elektrik dan air. Mereka tinggal di rumah ini selama 13 tahun yang mana rumah ini dibuat daripada lebihan kayu dan papan dari rumah yang dirobohkan dengan membelinya sebanyak RM 300.
Mereka hanya menggunakan generator pada jam 7 malam hingga 11 malam bagi untuk menggunakan air untuk membersihkan suaminya. Hatta satu kipas pun tiada di rumah mereka.
Rumah tersangat daif ini juga tiada tingkap dan pintu yang selamat. Sangat berisiko orang lain pecah masuk tetapi setakat ini tiada kes pecah masuk dan kecurian yang berlaku di rumahnya.
Kami mengajak anda semua bersama-sama kami bagi membina rumah yang lebih selesa untuk puan Fatimah. Bagi yang ingin berkongsi rezeki sila ke bank kami di no yang tertera :
MAYBANK ISLAMIC BERHAD : 550510970278