[SUDAH JATUH, DITIMPA TANGGA PULA, RUMAH HAMPIR ROBOH DISEBABKAN BANJIR BESAR 2014]
KAMI SEKELUARGA TERPAKSA TIDUR DI RUANG TAMU KERANA TIADA BILIK UNTUK KAMI.
Itu yang dikatakan Saibah Binti Ahmad, 42 tahun isteri kepada Encik Zaidi yang terkesan akibat banjir besar yang melanda pada tahun 2014. Biarpun sudah lebih 8 tahun berlalu, namun emak ini masih tidak mampu untuk mendapatkan wang bagi membaikpulih rumah beliau.
Tidak tergambar di hati ini, apabila kami di beritahu bahawa Encik Zaidi yang dahulunya bekerja sebagai seorang tukang kayu sudah 4 bulan tidak lagi mampu untuk meneruskan kerja buruh itu apabila Encik Zaidi mempunyai alahan terhadap serbuk kayu yang mana membuatkan situasinya semakin buruk apabila mengalami masalah kulit gatal-gatal
Sudahlah rumah di landa banjir, datang pula penyakit yang menghalang Encik Zaidi untuk bekerja. Melihat keadaan rumah ini, siapa menyangka bahawa seramai 9 orang anak-anak Encik Zaidi tinggal di sini. Dengan jumlah tanggungan itu, 5 orang daripada anaknya mendapat bantuan persekolahan sebanyak RM100 seorang setiap tahun.
Walaupun begitu, tidak terdetik sedikit pun di hatinya untuk mengalah dan berputus asa dalam mencari rezeki untuk terus menyokong pembelajaran anak-anaknya. Wajah kegembiraan anak-anak mereka terpancar apabila kita berjanji akan menyiapkan sebuah bilik khas untuk anak mereka apabila rumah mereka akan siap.
Sejak banjir 2014 yang lalu, mereka sembilan beranak terpaksa tidur di ruang tamu sehingga ke hari ini. Atap bumbung tidak mampu lagi menahan air hujan daripada membasahi mereka semasa tidur.
Namun, mereka memerlukan tempat berteduh yang lebih selamat dan selesa kerana rumah yang kini mereka duduki walaupun terselamat daripada dua bencana banjir besar, demi keselamatan mereka perlu dipindahkan segera.
AYUH BERSAMA KAMI BERGANDING BAHU MEMBANTU KELUARGA ENCIK ZAIDI MEREALISASIKAN ANAK-ANAK KECIL INI
Oleh itu, kami daripada MyFundAction mengambil peluang dalam memberi sinar kebahagian dengan membina semula rumah syurga kecil keluarga ini dibawah kempen Rumah Impian.
Anggaran kos pembinaan yang diperlukan untuk membina rumah syurga kecil keluarga Encik Zaidi adalah sebanyak RM43,500.
Keselesaan fizikal mereka adalah keselesaan bagi hati kita kerana dapat berkongsi harta yang sedikit mampu memberi impak yang banyak buat mereka.
Oleh itu kami mengajak anda semua ayuh bersama sertai kami dalam misi merialisasikan harapan sebuah Rumah Impian keluarga Encik Zaidi.
BAGAIMANA MAHU BERSAMA HULURKAN BANTUAN?
Untuk membantu, anda boleh pilih pakej di bawah:
RUMAH IMPIAN 1000 - RM 1000
RUMAH IMPIAN 500 - RM 500
RUMAH IMPIAN 100 - RM 100
RUMAH IMPIAN 30 - RM 30
InsyaAllah semoga asbab kebaikan anda membantu keluarga ini, rezeki anda akan diberkati dan terbuka seluasnya pintu rezeki buat keluarga anda. Semoga kita sentiasa di bawah lindungan dan keberkatan Allah SWT.
Ibnu Abbas berkata:
"Sesungguhnya kebajikan itu memberi cahaya kepada hati, kemurahan rezeki, kekuatan jasad dan disayangi oleh makhluk yang lain. Manakala kejahatan pula boleh menggelapkan rupa, menggelapkan hati, melemahkan tubuh, sempit rezeki dan makhluk lain mengutuknya.