Peluang berwakaf telaga seperti Saidina Uthman bin Affan..
Saad bin Ubadah RA bertanya kepada Rasulullah SAW, “Wahai Rasulullah, sedekah apa yang paling utama?” Baginda menjawab, “Memberi air.” (HR. Abu Daud)
Tahukah anda bahawa harta yang diwakaf Saidina Uthman Bin ‘Affan iaitu Telaga Rummah sejak 1,400 tahun lalu masih wujud dan terjaga di Madinah sehingga ke hari ini?

Ada satu kisah menarik disebalik 'Telaga Rummah' ini. Telah diriwayatkan, penduduk di Madinah dilanda kemarau dan sukar mendapatkan air bersih.
Jadi, Saidina Uthman bin Affan segera membeli separuh daripada telaga air yang dahulunya milik seorang yahudi.
Dan mewakafkannya supaya penduduk Madinah boleh mendapatkan bekalan air bersih secara percuma.


Tetapi mereka tidak putus asa. Setiap hari penduduk Yaman akan keluar mencari air bersih, baik wanita, kanak-kanak mahupun orang tua.
Lagi pula, satu-satunya telaga yang menjadi sumber air mereka terletak sejauh 8KM.
Disebabkan masalah ini, ramai penduduk di sana terkena penyakit kolera akibat minum air yang tercemar yang telah menyebabkan 3,500 kematian!

Dengan adanya sumber air bersih ini:
Tahap kebersihan komuniti dapat ditingkatkan
tidak perlu lagi berjalan jauh dan dapat jimatkan masa
Kanak-kanak dapat tumpukan kepada pelajaran dan hadir ke sekolah
