“Kulit bayi di sini kering, pedih, luka. Sejuk hingga ke tulang” - Ardell Aryana
“Kulit bayi di sini kering, pedih, luka. Sejuk hingga ke tulang”
- Ardell Aryana (Selebriti dan Ikon MyFundAction)
Itulah antara luahan Ardell Aryana di Instagram story miliknya sewaktu bersama team MyFundAction di Syria.
Terkejut dan hiba apatah lagi setelah melihat nasib anak-anak kecil yang tidak berdosa terpaksa menanggung derita ini sekian lama.
Kaki kanak-kanak di sana juga tidak beralas dan berbaju nipis walaupun suhu sejuk mencecah bawah 4 degree celcius.
Guna kotak untuk hangatkan diri.
Ini realiti yang berlaku, anak kecil ini tiba-tiba terus melompat masuk ke dalam kotak selepas kami keluarkan barang-barang makanan di dalamnya. Rupa- rupanya dia kesejukan hingga ingin dapatkan sedikit kehangatan dari dalam kotak itu.
Ya Allah..begitu sekali mereka manfaatkan kotak ini yang biasanya kalau di tempat lain, hanyalah kotak biasa yang dibuang, Allahuakbar
Paling meruntun jiwa apabila seorang warga tua di sebuah kem pelarian Syria sedang membakar kepingan kotak dan kain terbuang untuk hangatkan diri kerana kesejukkan.
Delegasi Malaysia ke Misi Musim Sejuk 4.0
di Syria dan Lubnan #WinterMission4.0
Alhamdulilah team MyFundAction telah menghantar bantuan musim sejuk fasa pertama dan fasa kedua pada akhir tahun 2021. Lembaran tahun 2022 dibuka dengan usaha untuk menghantar lebih banyak lagi bekalan ke sana.
MEREKA MENGHADAPI MUSIM SEJUK TANPA SEBARANG PERSEDIAAN AKIBAT KONFLIK YANG BERLAKU. DERITA MEREKA MASIH SAMA.
Kami yakin kebersamaan anda bersama kami dalam projek Winter Mission 4.0 2022 kali ini, akan mensasarkan lebih RM 50,000 lagi yang akan dihantar ke sana.
Set WINTER BOX mengandungi:
- Jacket Sejuk(winter coat)
- But (boot)
- Baju Sejuk (sweatshirt)
- Seluar(trouser)
- kerudung-barret & sarung tangan
- Pakaian (atas & bawah) (top & bottom)
- Stokin
Kami membuka peluang kepada anda untuk bersama-sama kami terus mengirimkan kehangatan buat saudara kita di Syria
PAKEJ AGIHAN WINTER BOX
PAKEJ WINTER BOX RM 500
PAKEJ WINTER BOX RM 300
PAKEJ WNTER BOX RM 100
PAKEJ WINTER BOX RM 50
PAKEJ WINTER BOX RM 30