Bayi Hidap Jantung Berlubang Perlu RM 80,000 Untuk Pembedahan Menukar Tiub Jantung
“Risiko kalau tak buat pembedahan kedua, kemungkinan Adik Alexxa tak dapat bertahan hidup kerana tiub yang lama itu hanya untuk sementara sahaja” - Doktor yang merawat
Sejuk hati melihat wajah comel Adik Alexxa yang kini sudah berusia 2 tahun. Namun siapa sangka dibalik susuk tubuh kecil ini Adik Alexxa perlu menanggung kesakitan akibat derita jantung berlubang sejak usianya 3 bulan lagi. Disebabkan itu pergerakannya tidak seperti kanak-kanak lain yang aktif. Langkahnya tidak selaju kanak-kanak lain yang sihat.
PEMBEDAHAN UNTUK MEMBUAT TIUB JANTUNG PERLU DILAKUKAN
Tahun 2019 merupakan permulaan titik hitam buat keluarga ini apabila anak mereka menghidap jantung berlubang dan telah dikenalpasti setelah badan Alexxa bertukar jadi biru. Lalu, Adik Alexxa terus dikejarkan ke Jeselton Medical Center sebelum dirujuk ke Hospital Queen Elizabeth 2 untuk mendapatkan rawatan selanjutnya.
Adik Alexxa ketika itu yang berusia 3 bulan dibawa ke Gleneagles Kuala Lumpur untuk melakukan pembedahan membuat tiub jantung. Walaupun begitu, doktor yang menjalankan pembedahan memaklumkan bahawa Adik Alexxa masih perlu menjalani pembedahan baru bagi menggantikan tiub jantung yang sesuai dengan saiz tumbesaran tubuhnya.
Adik Alexxa juga masih perlu membuat pemeriksaan kesihatan setiap bulan di Hospital Queen Elizabeth 2. Kini usia Adik Alexxa sudah mencapai umur 2 tahun 2 bulan dan Adik Alexxa sudah dipanggil untuk melakukan pembedahan kedua.
Adik Alexxa kini sudah mempunyai simptom seperti bibir hitam, cepat penat dan nafas tercungap – cungap walaupun tidak banyak melakukan pergerakan. Oleh itu, pembedahan baru bagi mengantikan tiub jantung yang sesuai dengan pertumbuhan tubuh Adik Alexxa perlu dilakukan segera.
Pembedahan juga akan dijalankan di Hospital Gleneagles namun masih menunggu tarikh pembedahan daripada pihak hospital. Pemeriksaan imbasan CT di Hospital Queen Elizabeth 2 untuk persediaan menjalani pembedahan di Hospital Gleneagles juga terpaksa ditangguhkan akibat peningkatan kes COVID – 19 di Sabah yang semakin tinggi.
RM 80,000 DIPERLUKAN UNTUK PEMBEDAHAN DAN RAWATAN ADIK ALEXXA
Adik Alexxa merupakan anak ke tiga dari empat adik beradik. En Marcel hanya bekerja sebagai pemandu grab yang berpendapatan RM1000 sebulan manakala isterinya puan Siti Nurhalizawati merupakan suri rumah sepenuh masa.
En Marcel juga masih perlu menanggung perbelanjaan dua lagi anaknya yang masih bersekolah selain perbelanjaan lain seperti rumah sewa, kereta dan makan minum mereka sekeluarga. Tiada ibu bapa yang sanggup melihat anak mereka menanggung kesakitan. Pasti pelbagai usaha telah dilakukan untuk Alexxa kembali sihat.
PROJEK : Adik Alexxa Marcel Ronnie
Kami daripada MyHeart bersama MyFundAction membuka tabung jantung buat Adik Alexxa dalam menampung kos pembedahan kedua untuk menggantikan tiub jantungnya. Kami juga ingin mengajak anda untuk bersama kami dalam menjayakan projek ini.
Kami menyediakan beberapa pakej untuk anda bersama berkongsi rezeki dengan kami:
Tabung MyHeart RM500
Tabung MyHeart RM200
Tabung MyHeart RM100
Tabung MyHeart RM50
Tabung MyHeart RM30
Semoga Allah memberkati rezeki yang anda kongsikan buat adik Alexxa dan pesakit – pesakit lain sepertinya. Semoga ada sinar kembali buat mereka yang menerima rezeki daripada anda.