SASARKAN GOLONGAN ASNAF B40.

KLINIK BERGERAK KINI MULA BEROPERASI UNTUK MEMBANTU GOLONGAN BERPENYAKIT TERUTAMA PENYAKIT DIABETES




Statistik menunjukkan peratusan tinggi yang menghidap penyakit obesity adalah dari golongan ini. Projek yang dijalankan oleh MyHeart adalah salah satu inisiatif membantu pihak kerajaan.

Selain itu diabetes atau penyakit kencing manis adalah antara penyakit kronik yang sedang menular dikalangan masyarakat dunia dan Malaysia khususnya



Seperti yang kita tahu pesakit diabetes penyumbang terbesar kepada masalah buah pinggang iaitu sebanyak 65 peratus yang menyebabkan pesakit perlu menjalani proses mencuci darah atau hemodialisis.

Ia adalah penyakit kronik yang memerlukan rawatan susulan berpanjangan, terapi dan perhatian yang wajar oleh pengamal perubatan.




Melihat kepada perkara ini, MyHeart dengan kerjasama MyFundAction telah melancarkan Projek Klinik Bergerak MyHeart dimana rawatan dan pemeriksaan awal kesihatan dapat dijalankan dari rumah ke rumah.

Selain itu ia juga dapat memudahkan rawatan kepada pesakit ini untuk dilakukan dirumah mereka sendiri tanpa perlu keluar untuk pergi ke hospital atau pusat kesihatan berdekatan.




Klinik Bergerak ini menyasarkan golongan B40 yang mengalami kesihatan seperti :-


(1) Perkhidmatan Pesakit Luar

(2) Prosedur kecil dan cucian luka

(3) Gantian alatan-alatan perubatan seperti tiub makanan, tiub kencing dan lain-lain.

(4) Memberikan khidmat nasihat tentang kesedaran kesihatan




SASARAN DAN JUMLAH KOS YANG DIPERLUKAN


Sebuah van klinik bergerak MyHeart yang perlu dimodifikasi ini memerlukan sekurang kurangnya RM100,000 setiap bulan berturut-turut agar projek ini dapat berjalan dengan lancar.


Dengan ini, rawatan dan pemeriksaan awal kesihatan dapat dijalankan dari rumah ke rumah kerana mencegah lebih baik dari merawat




BAGAIMANA INGIN BERKONGSI REZEKI?


Anda boleh memilih mana-mana pakej seikhlas hati anda:

Tabung MyHeart RM 500

Tabung MyHeart RM 200

Tabung MyHeart RM100

Tabung MyHeart RM50

Tabung MyHeart RM30




Kami dari MyHeart dengan kerjasama MyFundAction dengan rendah hati ingin mengajak rakyat Malaysia untuk berganding bahu bagi menjayakan projek ini. Perkongsian dan keprihatinan anda didahului dengan ucapan terima kasih. Hanya Allah yang mampu membalasnya.


Untuk maklumat lanjut mengenai pertubuhan, program dan aktiviti, sila lawati:


Facebook:  https://www.facebook.com/myfundaction.org



Perhatian! Sila lengkapkan borang di bawah.

Ruangan yang wajib diisi

PILIHAN SUMBANGAN

Pilihan Kuantiti Nilai (RM)
KLINIK BERGERAK PAKEJ A -RM 500
KLINIK BERGERAK PAKEJ B -RM 200
KLINIK BERGERAK PAKEJ C -RM 100
KLINIK BERGERAK PAKEJ D -RM 50
KLINIK BERGERAK PAKEJ E -RM 30
JUMLAH
JUMLAH KESELURUHAN (RM)
Caj Perkhidmatan Peniaga (RM)

BUTIRAN PENYUMBANG

BUTIRAN SUMBANGAN


Maklumat Organisasi

MyFundAction
info@myfundaction.org
+60162341090