Usaha Memperkasa Belia Muslim di Bandar Queestown , New Zealand
"Asas keimanan adalah hati yang bersih, asas keikhlasan ialah jiwa yang suci, asas semangat ialah keinginan yang kuat, asas usaha ialah keazaman yang membara dan semua sifat ini tidak wujud kecuali pada diri seorang pemuda."
- Imam Hassan al-Banna,

MyFundAction Youth Development Center (MYDC) dibina sebagai satu-satunya pusat komuniti Islam terbesar di New Zealand. Selari dengan misi dan visi MyFundAction, kami berhasrat untuk membangunkan pemimpin muda dengan memupuk kemahiran sosial, keusahawanan dan menekankan etika dan nilai Islam dalam keharmonian budaya di samping menyuburkan benih kebaikan berpanjangan.
Fokus Utama MYDC diwujudkan
- Menjadi pusat belia Islam di Seluruh New Zealand
- Menekankan aspek kerohanian untuk melahirkan indidvidu seimbang dari segi jasmani, rohani, intelek, emosi dan sosial.
- Menyediakan ruang/pusat berkualiti tinggi yang boleh digunakan sebagai sumber dan asas untuk perlbagai aktiviti yang mempunyai nilai dan sejarah Islam
- Mengalu-alukan semua anak muda dari seluruh dunia sebagai sebahagian daripada aktiviti pelancongan
- Sebagai pejabat/pusat penerangan tentang Islam kepada semua belia
Fasiliti yang akan dibina :
- Perpustakaan
- kawasan solat
- Mini Mart/Kafe Halal
- Pameran sejarah islam
- kedai cenderamata Islam
- Dewan untuk kawasan aktiviti
- Perpustakaan mini dengan buku tentang Islam
- Pameran sejarah Islam di New Zealand dan cerita wajah tokoh Islam ( boleh menjadi sebahagian daripada pusat tarikan pelancong untuk dikunjungi)
Antara Rakyat Malaysia yang beroleh manfaat dengan pembinaan MYDC :



Ayuh bersama kami kita semarakkan Islam
di bumi New Zealand

Kami dari MyFundAction mengajak seluruh rakyat Malaysia untuk bersama kami kita realisasikan usaha ini demi membina generasi Muslim di New Zealand. Semoga dengan usaha ini dapat mewujudkan komuniti belia yang sihat dan berguna untuk masyarakat setempat.
BAGAIMANA UNTUK SOKONG PROJEK INI?
Berikut adalah pakej yang disediakan:
Package A – RM 500
Package B – RM 300
Package C - RM 100
Package D – RM 50
Package E – RM 30