BAYI
“SYNDROM DOWN” MENGHIDAP PENYAKIT JANTUNG BERLUBANG
Pada awalnya doktor hanya mengesyaki adik Aisyah merupakan bayi “Syndrom Down” setelah dilihat dari bentuk wajahnya namun apabila menyedari perubahan pernafasan adik Aisyah yang tidak normal, doktor terus melakukan pemeriksaan dan mendapati terdapat lubang di bahagian jantungnya.
LUBANG JANTUNG SUDAH SEBESAR DUIT SYILING
Pembedahan pertama dibuat sewaktu adik Aisyah berumur 1 bulan untuk membaiki saluran darah ke paru-parunya. Menurut dokter, keadaan itu sangat berisiko terutama pada bayi yang baru lahir disebabkan tekanan darah yang tinggi dari jantung.
Setelah pembedahan pertama dilakukan adik Aisyah semakin sihat dan sudah tidak bergantung pada mesin pernafasan hingga berumur 5 bulan namun semakin kerap ke hospital akibat jangkitan kuman pada paru-parunya dan berpanjangan hingga perlu bergantung pada ubat antibiotic.
"Doktor mendapati bahawa lubang di jantungnya sudah sebesar duit syiling dan pembedahan harus dilakukan segera"
Kini adik Aisyah berumur 2 tahun 4 bulan namun dan doktor mendapati lubang jantungnya sudah sebesar duit syiling.
Pembedahan untuk menutup lubang di jantungnya perlu dilakukan segera kerana amat berisiko pada proses tumbesarannya.
Adik Aisyah tidak dapat bermain terlalu lama dan kerap kerana dia akan cepat letih dan selalu tercungap-cungap.
KOS PEMBEDAHAN PERTAMA MASIH TERTUNGGAK, KINI RM70 000 DIPERLUKAN UNTUK PEMBEDAHAN KEDUA.
Pembedahan kedua untuk menutup lubang di jantung adik Aisyah perlu dilakukan namun kos pembedahan terlalu tinggi. Keluarga ini tidak mampu untuk menanggung kos rawatan pembedahan kedua yang mencecah RM70,000
Sewaktu pembedahan pertama adik Aisyah, proses pembayaran dilakukan secara ansur ansuran hingga mereka terpaksa mencatu makanan demi membayar kos pembedahan.
Walaupun begitu pelbagai ikhtiar telah dilakukan namun masih belum mampu menjelaskan bayaran bahkan hingga kini masih mempunyai baki yang tertunggak.
Ayahnya yang hanya mempunyai pendapatan tidak seberapa dan ibunya yang merupakan suri rumah sepenuh masa hanya mampu berharap ada pihak yang sudi untuk bantu meringankan beban mereka.
"Harapan seorang ibu agar adik Aisyah dapat membesar dengan sihat, Kasih si ibu ingin menjaga hingga ke akhir hayat"
BANTU ADIK NUR AISYAH BINTI AFENDI
Sempena hari jantung sedunia pada 29 September 2021 ini, Kami daripada MyHeart bersama MyFundAction ingin membuka tabung bagi menampung kos pembedahan jantung adik Aisyah yang berjumlah RM70,000 dan kos tunggakan pembedahan pertama yang berjumlah RM1,654 . Kami juga ingin mengajak anda untuk bersama kami dalam menjayakan projek ini.
Untuk memudahkan anda, kami telah menyediakan beberapa pakej untuk anda bersama berkongsi rezeki dengan kami:
Tabung MyHeart RM500
Tabung MyHeart RM200
Tabung MyHeart RM100
Tabung MyHeart RM50
Tabung MyHeart RM30
Semoga Allah memberkati rezeki yang anda kongsikan buat adik Aisyah dan pesakit – pesakit lain sepertinya. Semoga ada sinar kembali buat mereka yang menerima rezeki daripada anda.