LEBIH RAMAI KANAK-KANAK AKAN MATI SETIAP HARI
[ Berjuta rakyat yaman berdepan kebuluran, nyawa mereka terancam ]
"Yaman adalah krisis kemanusiaan terbesar di dunia, dengan sekitar 21 juta orang memerlukan bantuan kemanusiaan, termasuk lebih dari 11 juta kanak-kanak"- UNICEFF
Sumber: https://www.unicef.org/
Yaman berdepan kebuluran setiap hari, terpaksa ‘mengemis’ makanan untuk mengalas perut. Usahkan nasi, sekeping roti pun susah untuk mereka dapat. Mereka tidak mampu untuk membeli makanan.
Lihatlah fizikal kanak-kanak di sana, terlalu kurus sehingga tulang rangka jelas kelihatan. Sedih apabila mereka sepatutnya cergas namun hanya mampu terlantar berikutan kekurangan nutrisi yang diperlukan tubuh.
Sampai bila mereka mampu bertahan sekiranya tiada yang membantu?
Atas tanggungjawab sesama Muslim, kami di MyFundAction ingin mengajak anda semua untuk bersama-sama kami dalam usaha membekalkan roti dan bekalan makanan buat keluarga Yaman.
BEKALAN ROTI PERCUMA
Sasaran kami sebanyak 245 keping roti bagi satu keluarga dalam tempoh sebulan.
- 1 keluarga = 35 keping roti x 7 kali
- Anggaran kos 245 keping = RM50
BEKALAN FOOD BASKET
Food Basket merupakan bekalan makanan asas berisi beras, gula , tepung, susu, minyak, kekacang dan pasta yang boleh bertahan selama sebulan.
- 1 keluarga = 1 kotak/sebulan
- Anggaran kos 1 kotak = RM210
Bekalan roti dan food basket ini boleh mengisi perut kosong di samping dapat menambahkan susu buat ibu-ibu menyusu.
“SEBAIK-BAIK ORANG DI ANTARA KALIAN ADALAH ORANG YANG MEMBERIKAN MAKANAN”
Semoga usaha ini dapat menyelamatkan nyawa dan masa depan mereka. Kami percaya masih ada yang bersimpati dengan nasib mereka.
KEPRIHATINAN ANDA MAMPU SELAMATKAN 1 NYAWA !
Anda boleh pilih pakej di bawah :
✅ PAKEJ FOOD BASKET : RM210
✅ PAKEJ FOOD BASKET : RM70
✅ PAKEJ ROTI : RM100
✅ PAKEJ ROTI : RM50
✅ PAKEJ SERENDAH RM10
JANGAN SAMPAI KITA KELUAR DARI LAMAN INI TANPA BERBUAT SESUATU.