“Kotak Rezeki Ummat perlu ditambah lagi…”
“Hakikat hari ini...ada keluarga di luar sana yang terpaksa mencatu makanan, ikat perut, diuji dengan kesukaran menyara hidup…”
“Sukarelawan Youth of Strength and Happiness (YOSH) bersama-sama mengerah tenaga bagi menjayakan misi Rezeki Ummat
Program Rezeki Ummat, makanan buat mereka yang memerlukan
Setiap bulan apabila tiba gaji, kita pasti sedang memikirkan gaji yang diperoleh masih tidak cukup untuk bayar itu dan ini. Tetapi kita juga perlu fikir masih ada orang yang tidak ada gaji untuk membeli makanan sahaja.
Dalam menghadapi gelombang ke-3, pasti ada di antara kita yang ekonominya semakin terjejas. Dalam sedar atau tidak, ramai yang makin susah. Ada yang susut sumber pendapatan, bahkan ada yang kehilangan kerja sekaligus hilang pendapatan.
Antara keluarga yang menerima pemberian kotak Rezeki Ummat
Pelbagai cerita dan situasi yang telah kami lalui semasa pengagihan dilakukan. Ada yang hilang pekerjaan, tiada susu untuk anak-anak, tiada wang untuk membeli makanan dan macam-macam lagi.
Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Diharapkan dengan pemberian ini, dapat meringankan beban mereka lebih-lebih lagi di musim PKP ini.
Bagaimana Ingin Beri Sokongan Untuk Agihan Rezeki Ummat ini?
Mulakan hajat dengan menyokong Program Rezeki Ummat dengan kerjasama daripada MyFundAction dalam usaha untuk meringankan beban keluarga yang kurang berkemampuan.
Kita tidak akan termampu untuk beri kepada semua, namun usaha ini bakal meringankan beban segilintir dari mereka yang memerlukan.
Setiap keluarga yang layak bakal dibekalkan dengan kotak Rezeki Ummat yang berisi bahan-bahan makanan asas. Tidak banyak tetapi kami yakin akan meringgankan beban mereka buat masa ini.
✅ REZEKI UMMAT A – RM200
✅ REZEKI UMMAT B – RM100
✅ REZEKI UMMAT C – RM50
"Dan Allah akan menolong seorang hamba, selama hamba itu menolong saudaranya."
(Hadis Riwayat Muslim)
Semoga dengan perkongsian rezeki kita buat mereka menjadi salah satu daripada amalan yang tidak terputus pahalanya, saham bekalan di akhirat buat kita selepas kita meninggalkan dunia, In Shaa Allah.