“RUMAH DIBINA DARI LEBIHAN KAYU DAN ZINK DARI TAPAK RUNTUHAN RUMAH”
9 tahun hidup sederhana bersama keluarga. Inilah keadaan keluarga Puan Ummi yang tidak sama seperti kita. Rumah yang dibina daripada lebihan zink dan kayu yang mereka kumpul dan kutip daripada rumah yang diruntuhkan. Rumah yang tiada tandas untuk mandi dan buang air, mereka perlu menumpang pergi ke rumah atok disebelahnya.
Asalnya syurga kecil Puan Ummi sekeluarga tidak mempunyai bilik, ruang tamu, dapur dan tandas. Rumah yang hanya ada satu ruangan dimana disitu ruang tidur mereka, ruang belajar anak-anak Puan Ummi, serta ruang dapur.
Keadaan rumah Puan Ummi yang mana pintu masuk rumah menggunakan pintu tandas, dinding yang separuh kayu separuh zink dan bumbung berzink yang sering bocor setiap kali hujan.
Pelbagai usaha dilakukan Puan Ummi dan suami untuk memastikan dapur berasap setiap hari. Mereka tidak hanya berharap pada sumbangan masyarakat. Mereka tidak bergantung pada sumbangan orang. Puan Ummi sangat rajin menanam Serai Dan nenas untuk di jual, menternak ayam Dan ikan sendiri untuk mengurangkan kos barang dapur.
KEADAAN SEMASA RUMAH PUAN UMMI
Dinding rumah menggunakan zink yang berkarat.
Keadaan tandas sementara yang dhaif.
Ruang dalam rumah yang menempatkan segala aktiviti harian.
HAMPIR ROBOH DIMAMAH ANAI-ANAI, RUMAH PUAN UMMI PERLU DIBINA SEGERA
PROJEK RUMAH IMPIAN BUAT PUAN UMMI.
PELAN BINAAN RUMAH IMPIAN YANG BERHARGA KOS SEBANYAK RM70,000.
- Kos Pembinaan : RM 70,000.
- Jenis Kediaman : Rumah Lot.
- Keluasan tapak : 750 kaki persegi.
- 3 buah bilik.
- 2 buah tandas.
- Dapur.
Pelan Lakaran Lantai Rumah.
Gambaran Hadapan Rumah
TIGA AMALAN YANG TIDAK AKAN PUTUS DI DUNIA DAN AKHIRAT.
Kami daripada MyFundAction menjalankan kempen Rumah Impian dimana kempen ini bertujuan untuk menyediakan rumah baru yang lebih baik dan selesa buat asnaf yang terpilih. Kami menyasarkan kutipan sebanyak RM70,000 bagi membiayai keseluruhan pembinaan rumah baharu buat Puan Ummi dan keluarga.
Ayuh bersama kami membantu Kak Ida sempurnakan rumahnya supaya anak-anak dapat membesar dan mempunyai kualiti pendidikan serta kesihatan yang lebih baik di masa hadapan.
Allah berfirman:
“Dan barangsiapa yang memelihara kehidupan seorang manusia, maka seolah-olah dia telah memelihara kehidupan manusia semuanya.”
(QS. Al Maidah: 32)
BAGAIMANA INGIN BERKONGSI REZEKI?
Anda boleh memilih mana-mana pakej seikhlas hati anda:
Rumah Impian 15 Lot RM 1,200
Rumah Impian 10 Lot RM 800
Rumah Impian 5 Lot RM 400
Rumah Impian 1 Lot RM 80
Rumah Impian RM 50
Boleh teruskan transaksi secara online menerusi akaun berikut :
Maybank
550510970248
Yayasan Kebajikan Muslim (MyFundAction)
Rujukan : Puan Ummi