Misi Musim Sejuk 4.0 l 4 Tahun Bersama MyFundAction Kita Bantu Saudara Kita di Syria.

Baju Sejuk Untuk Hangatkan Tubuh Badan Mereka
Musim sejuk yang sedang melanda kini menambahkan lagi keperitan buat saudara kita di Syria. Kekurangan sumber makanan dan keperluan baju sejuk serta suhu sejuk melampau menyebabkan penderitaan dan kesengsaraan mereka bertambah buruk. Sebahagian besar mereka ini hidup dalam keadaan serba daif dan hanya berteduh di bawah khemah yang sudah lusuh dan berlubang serta tidak selamat untuk diduduki.
KESEJUKAN DAN KEKURANGAN MAKANAN MEMBURUKKAN KEADAAN
Mereka kekurangan sumber makanan, tiada tempat tinggal, tiada sumber air bersih dan juga sumber elektrik. Setiap hari, setiap bulan dan setiap tahun mereka hidup dalam keadaan seperti ini bayangkan bagaimana mereka akan harungi musim sejuk nanti.
"Ramai yang terpaksa bergantung sepenuhnya kepada bantuan kemanusiaan untuk terus hidup," Lawson. – AFP
Oleh itu kami dari MyFundAction sedang berusaha untuk menyediakan keperluan buat pelarian Syria bagi menghadapi musim sejuk kali ini. Antara keperluan utama tersebut ialah baju sejuk, selimut, pemanas dan juga makanan.
TAJAAN PROJEK WINTER MISION 4.0 SYRIA
FOOD BASKETS (3000 PAX) – Makanan Asas/ RM 600,000
Yang meliputi bekalan makanan asas buat keperluan mereka yang mana akan dimanfaatkan kepada 2,250 penduduk di A’zaz, Idlib Syria dan 750 penduduk di Gaza, Palestin. Kos bagi sebuah kotak berharga RM 200.
WINTER BOX ( 1000 PAX) – Keperluan Musim Sejuk / RM 213,620
Yang meliputi agihan baju sejuk, selimut, alat pemanas serta keperluannya yang mana kos bagi sebuah kotak berharga RM 213.62.
SERUAN BERSAMA MENJAGA KEBAJIKAN SAUDARA DI SYRIA.
Kami membuka peluang kepada anda untuk bersama-sama kami menjayakan projek ini. Teruskan menyokong MyFundAction dalam usaha untuk menghantar bantuan kecemasan buat saudara di Syria. Semoga dengan sokongan ini memberi semangat kepada mereka untuk terus hidup.
Semoga dengan usaha kecil ini dapat meringankan beban mereka. Seperti mana Allah SWT akan membantu kita apabila kita membantu saudara-saudara kita yang lain. Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Shahih Muslim, Rasulullah SAW bersabda:
وَاللَّهُ فِي عَوْنِ الْعَبْدِ مَا كَانَ الْعَبْدُ فِي عَوْنِ أَخِيه
Maksudnya: “Dan Allah sentiasa menolong hamba-Nya selama mana hamba-Nya itu menolong saudaranya”
Antara agihan yang telah dibuat sebelum ini oleh MyFundAction dengan kerjasama Hayrat Yadim di Syria.
Agihan Food Basket di kem pelarian Idlib dan Lubnan
Agihan bahan bakar untuk alat pemanas
Agihan Makanan Roti dan Baju Sejuk
Founder MyFundAction Dr Hj Mohd Hizul Azri (kiri) dan CEO MyFundAction Afiq Nazary (kanan) bersama anak-anak Syria sewaktu menghantar bantuan musim sejuk fasa pertama di sana November lalu.