[ANAK KECIL INI TIDAK DAPAT BERJALAN AKIBAT KEKURANGAN NUTRISI]

 “Anak saya sudah nak masuk 3 tahun, tapi dia hanya boleh merangkak dan tidak boleh berjalan disebabkan kekurangan nutrisi. Dia hanya minum teh kerana tiada susu dan makanan

– Ummu Mohammed (ibu)

 

Gambar : Adik Kareem hanya mampu merangkak kerana tumbesarannya terbantut


Kareem Muhammad, berumur 2 tahun 8 bulan, seorang kanak-kanak yang ceria tapi masih tidak mampu berjalan dengan normal kerana kekurangan zat.


Kareem antara mangsa kekurangan zat makanan di wilayah Gaza. Wilayah itu lebih 12 tahun disekat bahkan kesan daripada peristiwa tersebut mempengaruhi pemakanan bayi di wilayah tersebut.


Jumlah kanak-kanak di bawah lima tahun yang menderita kekurangan zat makanan di Gaza hampir dua kali ganda antara tahun 2006 dan 2008 dari 1.4 hingga 2.4 peratus” – UNICEF


HANYA MINUM TEH KOSONG SEBAGAI PENGGANTI SUSU



Terkejut apabila melihat anak kecik ini terpaksa minum teh bukannya susu bahkan tidak dapat merasa susu ibu kerana ibunya juga mengalami kekurangan zat.


Golongan ibu juga tidak mampu menyusu akibat tidak mendapat nutrisi secukupnya.


Mereka hanya minum teh kosong tanpa gula untuk meneruskan hidup. Itulah menjadi bekal mereka untuk membesarkan anak-anak mereka di Gaza.


Kebanyakkan mereka mengalami kesengsaraan itu dalam menjalani kehidupan seharian mereka.


Hidup tapi seolah-olah tak hidup. Itulah antara keluhan yang dilontarkan oleh seorang ibu setelah dihimpit pelbagai penderitaan.

Gambar : Ummu sedang menyediakan sebotol air teh buat Karrem 


Keadaan kanak-kanak di Gaza, Palestin sungguh membimbangkan lebih-lebih lagi melihat keadaan kanak-kanak yang kekurangan zat makanan.


Ubat-ubatan di Gaza juga menjadi terhad akibat keadaan ekonomi di sana. Justeru itu, ramai kanak-kanak di Gaza mengalami nasib yang sama seperti Kareem.



USAHA MENYEDIAKAN BEKALAN NUTRISI BUAT IBU DAN KANAK-KANAK DI GAZA



Lihatlah anak-anak kecil ini. Tidak layakkah mereka membesar dengan sihat seperti anak-anak kita? Mereka juga mempunyai cita-cita yang ingin dikejar, keluarga yang ingin dibantu namun disebabkan kekurangan nutrisi menjadi penghalang utama untuk mereka membesar dengan sihat. 


Ayuh kita bantu mereka. Tunjukkan solidaritas kita !


Kami dari MyFundAction melancarkan kempen “Food Care For Mom and Child” khusus untuk membantu golongan wanita dan kanak-kanak di Gaza yang terjejas akibat konflik ini. 


KEPERLUAN

Sasaran

[100 KOTAK SETIAP BULAN SEBANYAK RM150,000]

BAGAIMANA UNTUK SAMA-SAMA BERKONGSI REZEKI SALING MENANGGUNG BEBAN?


Sila pilih pakej tabung di bawah :

PAKEJ KOTAK KEPERLUAN RUJI : RM600

PAKEJ 10 PEK SUSU BAYI : RM200

PAKEJ 5 PEK SUSU BAYI : RM100

PAKEJ 3 PEK SUSU BAYI : RM60

PAKEJ 1 PEK SUSU BAYI : RM30



Perhatian! Sila lengkapkan borang di bawah.

Ruangan yang wajib diisi

PILIHAN SUMBANGAN

Pilihan Kuantiti Nilai (RM)
Pakej Kotak Keperluan Ruji RM600
Pakej 10 Pek Susu Bayi RM200
Pakej 5 Pek Susu Bayi RM100
Pakej 3 Pek Susu Bayi RM60
Pakej 1 Pek Susu Bayi (Serendah RM 30)
JUMLAH
JUMLAH KESELURUHAN (RM)
Caj Perkhidmatan Peniaga (RM)

BUTIRAN PENYUMBANG

BUTIRAN SUMBANGAN


Maklumat Organisasi

MyFundAction
info@myfundaction.org
+60162341090