IBU TUNGGAL MOHON KAKI PALSU UNTUK SARA KELUARGA
Rahmawati binti Idris 51 tahun pesakit kencing manis yang juga merupakan ibu tunggal dan memiliki 3 orang anak. Rahmawati sudah 21 tahun menderita penyakit kencing manis ini sejak berumur 30 tahun lagi.
Jangkitan kuman sudah mula merebak ke jantung dan buah pinggang kesan daripada kakinya yang sudah teruk. Kaki kanannya terpaksa dipotong untuk elakkan jangkitan yang lebih serius ke organ yang lain menjadikan dia tidak mampu mencari rezeki bagi menyara anaknya.
TIDAK MAMPU TANGGUNG KOS RAWATAN HINGGA MENYEBABKAN KAKINYA TERPAKSA DIPOTONG.
Kencing manisnya semakin parah pada awal tahun 2021 apabila kaki Rahmawati mula berbau dan bernanah kerana terdapat luka di bahagian kaki kanannya. Menyedari keadaan itu Rahmawati dibawa ke klinik dan Dr mendapati keadaan kakinya sudah semakin teruk.
Apakan daya ibu tunggal ini apabila Dr menyarankannya untuk mendapatkan rawatan segera kerana jari dan kakinya sudah mula menjadi hitam namun dek kerana tidak mampu menanggung kos rawatan terlalu tinggi dia terpaksa menolak.
Pada bulan 5 tahun 2021 kesihatan Rahmawati mula terjejas apabila dia sudah tidak mampu berdiri, muntah-muntah dan hilang selera makan. Dr kemudiannya memaklumkan bahawa jangkitan kuman sudah mula merebak ke bahagian jantung dan buah pinggang menyebabkan kakinya terpaksa dipotong.
KEPERLUAN PUAN RAHMAWATI
Setelah kematian suami pada tahun 2002 kini dia diuji sebelah kakinya pula tiada dan menambahkan lagi kesukaran untuk dia mencari rezeki kerana dialah tulang belakang untuk keluarga.
Rahmawati juga sebelum ini mencari rezeki dengan menjual nasi lemak dan dibantu anaknya namun kini dia terpaksa berhenti kerana pergerakannya yang terbatas dan terpaksa bergantung pada anak-anaknya untuk bergerak.
Tidak ada apa yang diharapkan ibu tunggal yang tabah ini, Dia cuma mengharapkan boleh berjalan seperti biasa untuk berjalan walaupun menggunakan kaki palsu demi mencari rezeki.
KAKI PALSU MUDAHKAN PERGERAKAN RAHMAWATI
Anak mana yang senang melihat keadaan ibu sendiri yang sangat tidak selesa dengan keadaan baru. Kehidupan ibunya berubah sekelip mata setelah kehilangan sebelah kaki. Pasti harapan Nurul ingin sekali melihat ibunya kembali berjalan seperti biasa.
Oleh itu, kami sedang berusaha untuk menyediakan kaki palsu sebagai keperluan puan Rahmawati supaya dapat memudahkan pergerakan dan memudahkan kerja hariannya. Anggaran untuk membuat satu kaki palsu ialah berjumlah RM 10,000 - 11,000.
PROJEK : RAHMAWATI IDRIS
Kami daripada MyHeart bersama MyFundAction ingin membuka tabung buat puan Rahmawati dalam menampung kos membuat kaki palsu untuk memudahkan pergerakannya. Kami juga ingin mengajak anda untuk bersama kami dalam menjayakan projek ini.
Kami menyediakan beberapa pakej untuk anda bersama berkongsi rezeki dengan kami:
Tabung MyHeart RM500
Tabung MyHeart RM200
Tabung MyHeart RM100
Tabung MyHeart RM50
Tabung MyHeart RM30
Semoga Allah memberkati rezeki yang anda kongsikan buat Puan Rahmawati dan pesakit – pesakit lain sepertinya. Semoga ada sinar kembali buat mereka yang menerima rezeki daripada anda.