PARAH SELEPAS CUBA ELAK TIGA EKOR KHINZIR HUTAN
Lukman berkata adiknya terbabas di bahu jalan kerana cuba mengelak tiga ekor khinzir hutan yang tidak jauh dari tempat dia membantu ayahnya membaiki rumah.
Akibatnya, Karim patah tulang bahu kanan dan mengalami kecederaan teruk di kepala. Doktor terpaksa menebuk lubang di kepala untuk mengeluarkan darah bagi kurangkan risiko kematian!
ABANG SANGGUP BERKORBAN, BERHENTI KERJA
Air yang dicincang tidak akan putus. Itulah ayat yang sesuai bagi menggambarkan pengorbanan seorang abang Lukman apabila sanggup berhenti kerja demi menjaga adiknya, Karim yang lumpuh bersama ibu bapanya di kampung.
Walaupun Lukman sudah mempunyai keluarga kecilnya sendiri, namun itu masih tidak menghalang untuk dia tetap menjaga adiknya.
Dalam keadaan yang tidak bekerja, Lukman perlu membayar bulanan kereta sebanyak RM410 dan terpaksa menampung kos rawatan dan keperluan Karim RM24,600!
“Memang sedih tak dapat nak kata. Karim dulu ceria, kini hanya terlantar. Namun dengan sokongan ramai, InsyaAllah kami akan peroleh kekuatan yang diperlukan untuk menempuh hari-hari yang mencabar ini,”-Lukman (abang Karim)
Kongsi sebahagian daripada rezeki anda dan doakan Karim boleh jalani pembedahan segera!