SETIAP AYAT-AYAT DIBACA, ADA PAHALA BUAT PEWAKAF
MARI KITA BERSAMA-SAMA MEMBANTU MEREKA MENGENAL AL QURAN DENGAN MEMBERI ATAU HADIAHKAN WALAUPUN SENASKAH
“Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu Yang menciptakan”
Membaca adalah salah satu asbab agama Islam tersebar di pelusuk dunia. Dengan membaca dapat mengembangkan pemikiran dan intelek seseorang muslim. Berdasarkan surah yang pertama wahyu turun iaitu :
“Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk)”
Wakaf Al Quran kali ini, MyFundAction dengan gabungan pelajar-pelajar di Mesir menjalankan projek di sekitar lembah afrika terutama kawasan-kawasan miskin tegar.
Jumlah Al Quran yang akan dikumpulkan adalah berjumlah 3400 Al Quran akan di wakafkan.
KENAPA PERLU MEMBACA AL QURAN ?
Al Quran membicarakan kisah para nabi terdahulu, dakwah akidah dan tauhid serta syariat Agama. Dan paling utama ialah setiap bacaan dari pembaca ada pahala buat pewakaf.
“Sebaik-baik kalian adalah orang yang belajar Al Quran dan mengajar Al Quran”
(HR Bukhari dan Muslim)
Tetapi mesti ramai yang terfikir, mereka tidak mampu untuk mengajar bahkan ingin menghabiskan 1 juz sehari pun tidak mampu.
Jika tidak mampu mengajar kita berpeluang untuk memberikan anak-anak ini belajar dan menghafal dengan mudah sekali. Mereka tiada Al Quran bercetak separti kita di Malaysia, Meraka belajar, mengajar dan menghafal Al Quran di kayu dan kertas sahaja.
Begitulah kehidupan saudara muslim kita di Afrika, walaupun al-quran yang mereka gunakan sudah lusuh, itu sama sekali tidak menjadi alasan buat mereka untuk berhenti menghafal dan mendalami Islam. Subhanallah