MISI KEMANUSIAAN SYRIA
Bom seperti hujan , bangunan masjid, rumah dimusnahkan. Nyawa kanak-kanak direntap tiada belas ikhsan. Allahuakbar !
Alangkah beruntungnya kita disaat masih dapat merasa nikmatnya tidur beralaskan tilam empuk dan selimut selesa, menjamah makanan yang enak, gembira habiskan masa bersama keluarga, tetapi tidak buat mereka, setiap saat, masa dan ketika kabar duka sentiasa menanti bahkan setiap hari berhadapan dengan bahaya. Kesan daripada perang juga menyebabkan hampir keseluruhan rakyat di Syria kebuluran, hilang pekerjaan, tiada tempat perlindungan.
"Kita mungkin tidak mampu ikut serta mereka dalam berperang namun kita boleh bantu mereka bangun semula !!"
Sokong Projek Syria. Klik Sini
Sustainable Projek MyFundAction Untuk Syria Lebih Baik
Misi Bantuan Syria yang sudah menjelang tahun keempat dengan jumlah bantuan mencecah RM4 juta ini menyasarkan projek yang lebih lestari kepada penduduk di Syria termasuklah projek pembinaan 500 buah Rumah Briquete yang sudah berada di fasa akhir pembinaan, serta projek Kilang Roti yang akan memberikan jaminan makanan kepada penduduk di sini.
Masjid As-Sabeel ketiga juga direka dengan elemen perhiasan masjid dari Turki dan Syria sendiri. Masjid yang bernilai RM400,000 itu terletak di tengah-tengah bandar A’zaz dan menjadi antara masjid terbesar di situ.
Rumah ibadat dua tingkat yang mampu menampung seramai 500 orang jemaah itu akan digunakan sebagai pusat ibadat dan pusat pembelajaran Quran dan tahfiz penduduk setempat.
"Ayuh bersama MyFundAction kita cipta masa depan lebih baik bersama saudara di Syria"
Sokong Projek Syria. Klik Sini
Kami membuka peluang kepada anda untuk bersama-sama kami menjayakan projek ini. Teruskan menyokong MyFundAction dalam usaha untuk menghantar bantuan kecemasan buat saudara di Syria. Semoga dengan sokongan ini memberi semangat kepada mereka untuk terus hidup.
Semoga dengan usaha kecil ini dapat meringankan beban mereka. Seperti mana Allah SWT akan membantu kita apabila kita membantu saudara-saudara kita yang lain. Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Shahih Muslim, Rasulullah SAW bersabda:
وَاللَّهُ فِي عَوْنِ الْعَبْدِ مَا كَانَ الْعَبْدُ فِي عَوْنِ أَخِيه
Maksudnya: “Dan Allah sentiasa menolong hamba-Nya selama mana hamba-Nya itu menolong saudaranya”