ISTIMEWA INFAQ REZEKI DI SUBUH HARI

ISTIMEWA INFAQ REZEKI DI SUBUH HARI

Nabi SAW menggambarkan keuntungan yang bakal diraih seseorang yang rajin berinfaq di subuh hari sekaligus kerugian yang bakal dideritanya bilamana ia tidak peduli berinfaq di pagi hari.


Dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu sesungguhnya Nabi Muhammad SAW bersabda:

“Tidak ada satu subuh-pun yang dialami hamba-hamba Allah kecuali turun kepada mereka dua malaikat. Salah satu di antara keduanya berdoa: “Ya Allah, berilah ganti bagi orang yang berinfaq”, sedangkan yang satu lagi berdo’a “Ya Allah, berilah kerosakan bagi orang yang menahan (hartanya)”

(Hadis Riwayat Bukhary 5/270)


Sesiapa yang berkongsi rezeki di subuh hari malaikat akan mendoakan kelapangan rezeki yang memang sangat kita perlukan untuk memperlancar ibadah, amal soleh, dakwah dan jihad kita di dunia.


Sustainable Projek MyFundAction Untuk Syria Lebih Baik


Misi Bantuan Syria yang sudah menjelang tahun keempat dengan jumlah bantuan mencecah RM4 juta ini menyasarkan projek yang lebih lestari kepada penduduk di Syria termasuklah projek pembinaan 500 buah Rumah Briquete yang sudah berada di fasa akhir pembinaan, serta projek Kilang Roti yang akan memberikan jaminan makanan kepada penduduk di sini.


RUMAH IDLIB (BRIQUETTE HOUSE)



Setakat ini, sudah 600 buah rumah Idlib secara keseluruhannya yang dinamakan sebagai ‘Kampung Malaysia” telah pun diserahkan kepada 750 orang penerima manfaat di sana. Lebih menyayat hati, hakikatnya lebih 1 juta penduduk memerlukan tempat tinggal disana selepas ratusan ribu manusia mati terbunuh dan tercedera dalam perang Syria.


KILANG ROTI IDLIB




MyFundAction telah merancang untuk membina sebuah kilang roti yang mampu menghasilkan 15 ribu keping roti sehari dengan kerjasama Hayrat Yardim. Roti-roti ini seterusnya akan diedarkan kepada 15 ribu keluarga setiap hari supaya tiada lagi yang kelaparan atau kebuluran.


PEMBINAAN MASJID ASABEEL



Masjid As-Sabeel ketiga juga direka dengan elemen perhiasan masjid dari Turki dan Syria sendiri. Masjid yang bernilai RM400,000 itu terletak di tengah-tengah bandar A’zaz dan menjadi antara masjid terbesar di situ.

Rumah ibadat dua tingkat yang mampu menampung seramai 500 orang jemaah itu akan digunakan sebagai pusat ibadat dan pusat pembelajaran Quran dan tahfiz penduduk setempat.


"Ayuh bersama MyFundAction kita cipta masa depan lebih baik bersama saudara di Syria"


 


Jadikan amalan kongsi rezeki pada waktu subuh sebagai rutin setiap hari, semoga Allah melimpahkan pahala dan keberkahan untuk kita semua yang istiqomah melakukan kebaikan. 


“Amalan yang paling dicintai oleh Allah Ta’ala adalah amalan yang berkelanjutan walaupun itu sedikit.” (H.R Muslim)


Perhatian! Sila lengkapkan borang di bawah.

Ruangan yang wajib diisi

PILIHAN SUMBANGAN

Pilihan Kuantiti Nilai (RM)
WAKAF MASJID ASSABEEL
BINA KILANG ROTI SYRIA
BINA RUMAH SYRIA
FOODBASKET SYRIA
TAJA SERENDAH RM 30
JUMLAH
JUMLAH KESELURUHAN (RM)
Caj Perkhidmatan Peniaga (RM)

BUTIRAN PENYUMBANG

BUTIRAN SUMBANGAN