OTOT TIDAK DAPAT BERFUNGSI, TIDAK MAMPU BERCAKAP, HANYA MAMPU TERBARING

ADIK ZULFAN MENDERITA CELEBRAL PALSY


 

Masa lahir adik Zulfan sihat dan normal macam anak-anak yang lain. Namun siapa sangka hidupnya berubah sekelip mata. 


Selama 11 tahun adik Zulfan hanya terbaring. Dia tidak dapat berjalan kerana mempunyai masalah untuk menggerakkan ototnya. Dia disahkan menghidap Celebral Palsy akibat pendarahan di otak sewaktu berumur 4 bulan.


HANYA MAMPU MENANGIS JIKA BERASA LAPAR


 

Celebral Palsy adalah sekumpulan gangguan yang mempengaruhi kemampuan seseorang untuk bergerak dan mengekalkan keseimbangan dan postur tubuh.


Oleh itu adik Zulfan tidak mampu berjalan dan badannya mula menjadi keras sehingga dia tidak dapat berjalan.


Adik Zulfan hanya makan dan minum menggunakan Ryles Tiub iaitu tiub yang dimasukkan melalui hidung supaya makanan dapat disalurkan ke perut.


Tambah menyedihkan apabila adik Zulfan hanya mampu menangis jika berasa lapar kerana tidak boleh bercakap.


Tidak seperti kanak-kanak lain. Dia tidak dapat bermain namun dia masih mampu tersenyum tatkala melihat gelagat adik beradiknya bermain.


PERLUKAN RAWATAN BERTERUSAN UNTUK TERUS HIDUP



Rawatan susulan masih perlu diteruskan untuk memastikan adik Zulfan sentiasa dalam keadaan sihat. Temu janji bersama pihak Hospital Seberang Jaya untuk pakar kanak-kanak perlu dilakukan 4 bulan sekali.


Selain itu adik Zulfan juga perlu menjalani pemeriksaan dibahagian otak dan matanya. Fisioterapi bertujuan untuk melembutkan badan adik Zulfan juga perlu dilakukan sebanyak 10 sesi.


Kos untuk satu sesi ialah sebanyak RM990 dan rawatan ini perlu dilakukan dalam jangka masa yang lama.


Badan adik Zulfan mula mengeras dan dia hanya mampu terbaring menyebabkan dia tidak boleh bergerak. Disebabkan itu adik Zulfan memerlukan katil hospital yang sesuai dengan keadaanya.


Doktor juga menyarankan supaya adik Zulfan menggunakan kerusi roda khas untuk pesakit Celebral Palsy kerana tulang belakang adik Zulfan sudah membengkok. Adik Zulfan juga memerlukan keperluan lain seperti pampers dan susu.


KEPERLUAN ADIK ZULFAN

KOS : RM13,700

PENYAKIT : Celebrial Palsy

KATIL HOSPITAL : RM3,000

KERUSI RODA (KHAS) :  RM3,000 (bantuan Hospital Pulau Pinang) Baki RM750

RAWATAN : Fisioterapi untuk 10 sesi kos RM990/sesi

KEPERLUAN LAIN : Pampers drypers XL 2 bag/sebulan

Susu O’Kid DHA Gold RM47/tin


Oleh itu, kami daripada MyHeart bersama MyFundAction ingin mengajak anda untuk bersama kami dalam usaha untuk bantu menampung kos rawatan adik Zulfan seterusnya untuk meringankan beban keluarga ini. Ayuh bersama kami dalam menjayakan usaha ini.


Kami menyediakan beberapa pakej untuk anda bersama berkongsi rezeki dengan kami:


Tabung MyHeart RM500

Tabung MyHeart RM200

Tabung MyHeart RM100

Tabung MyHeart RM50

Tabung MyHeart RM30


Semoga Allah memberkati rezeki yang anda kongsikan buat adik Zulfan dan pesakit – pesakit lain sepertinya. Semoga ada sinar kembali buat mereka yang menerima rezeki daripada anda.


Disclaimer:

MyHeart dan MyFundAction menceritakan kisah adik Zulfan bagi menjayakan Tabung Alatan Perubatan buat pesakit-pesakit sepertinya. Hasil kutipan tersebut akan diberikan mengikut keperluan adik Zulfan dan lebihan akan diberikan

kepada pesakit lain yang memerlukan. Boleh ikuti perkembangan pesakit di Facebook @MyHeartVolunteers


Perhatian! Sila lengkapkan borang di bawah.

Ruangan yang wajib diisi

PILIHAN SUMBANGAN

Pilihan Kuantiti Nilai (RM)
MyHeart Fund RM500
MyHeart Fund RM200
MyHeart Fund RM100
MyHeart Fund RM50
MyHeart Fund RM30
JUMLAH
JUMLAH KESELURUHAN (RM)
Caj Perkhidmatan Peniaga (RM)

BUTIRAN PENYUMBANG

BUTIRAN SUMBANGAN


Maklumat Organisasi

MyFundAction
info@myfundaction.org
+60162341090