Raih Keberkatan Jumaat Ramadan
Hari Jumaat merupakan hari yang amat istimewa bagi kaum Muslimin. Banyak sangat kelebihan yang ada pada hari Jumaat yang Allah sediakan kepada hamba-hambanya:
Sabda Baginda Rasulullah s.a.w :
"Sebaik-baik hari yang matahari terbit padanya adalah hari Jumaat..."
(HR Muslim)
Masjid Otsuka, di Tokyo, telah bertahun-tahun berjasa kepada komuniti Muslim sebagai tempat untuk beribadah dan berkumpul.
Namun, kerana jumlah Muslim setempat semakin ramai, masjid terlalu sesak sehingga terpaksa solat bergilir-gilir sewaktu solat Jumaat
Lagi pula, dengan kedatangan Ramadan kali ini, bagaimana penduduk Muslim setempat ingin menunaikan ibadah dalam keadaan masjid yang sempit sebegini?
Jadi, projek naiktaraf Masjid Otsuka telah dijalankan dan akan datang, menyediakan pelbagai fasiliti yang lengkap. Paling utama, ruang solat yang lebih besar dan selesa.

Ayuh semua, kita sama-sama rebut ganjaran berlipat kali ganda Jumaat Ramadan ini dengan berwakaf atas pembinaan Masjid Otsuka.
Bukankah masjid itu rumah Allah?