Diserang Kanser Ketika Berumur 12 Tahun. Beri Sokongan Buat Adik Qistina Balqish
April 2021, ibunya membawa ke klinik kesihatan terdekat apabila adik Qistina mengalami demam serta cirit-birit yang berterusan. Awalnya disangka demam biasa, rupanya disitulah permulaan ujian berat buat mereka sekeluarga.
Doktor mengatakan ada kelenjar yang bengkak di lehernya, lalu kes adik Qistina dirujuk ke Hospital Sultanah Aminah, Johor. Setelah melakukan pemeriksaan lanjut, doktor mendapati ada ketumbuhan baru pula di belakang hidung. Di situ, bermulalah kehidupan Adik Qistina sebagai pesakit kanser limfoma tahap 3.
Sehinggalah Jun 2021, adik Qistina menjalani pembedahan untuk buang ketumbuhan kelenjar di belakang hidungnya. Sistem imun badan adik Qistina tersangat lemah ketika itu hingga mengakibatkan hidungnya berdarah jika keadaan cuaca terlalu panas atau sejuk. Jangkitan kuman yang sering berlaku mengakibatkan kulitnya berkudis dan bernanah.
Walaupun pembedahan telah dibuat, lehernya selalu berair dan mengeluarkan cecair berwarna putih. Oleh itu, ubat antibiotik perlu diberi secara terus menerus untuk mengelakkan luka yang lebih teruk.
Diuji dengan anak yang sakit serta memerlukan kos jagaan yang tinggi, bukanlah satu perkara yang mudah buat Puan Suhana dan Encik Azuan. Bagi menampung perbelanjaan keluarga serta kos follow-up ke hospital dan ubatan, si ibu mengambil inisiatif dengan berniaga kek dan roti secara kecil-kecilan daripada rumah.
Tidak cukup dengan itu, beliau turut mengusahakan perniagaan atas talian secara dropship dengan keuntungan RM60-100 sebulan. Tidak banyak, namun itulah yang termampu untuk diperjuangkan oleh beliau sekeluarga, kerana mereka turut menjaga nenek Qistina.
Antara keperluan serta rawatan yang diperlukan adik Qistina setiap bulan ialah:
- RM2,150.40 (Ubat probiotik RM 89.60 x 4 kotak x 6 bulan)
- RM4,920.00 (Ubat alergik RM205 X 4 botol x 6 bulan)
- RM6,000 (Rawatan alergik sebulan 1 kali x 6 bulan)
Jumlah keseluruhan sepanjang bantuan 6 bulan: RM13,070.40
Maklumat Ringkas Pesakit:
Maklumat Kesihatan:
▶️Sasaran Bantuan: RM13,100 (Bantuan selama 6 bulan)
▶️Hospital Rawatan: Hospital Gleaneagles
Disclaimer:
MyFundAction bersama MyHeart menceritakan kisah Adik Qistina Balqish bagi menjayakan Tabung Kanser buat pesakit-pesakit jantung sepertinya. Kami akan menyampaikannya sesuai mengikut keperluan Adik Qistina dan lebihan akan diberikan kepada pesakit lain yang memerlukan serta berada dalam senarai menunggu. Usaha ini telah bermula sejak 2019 lagi dan sehingga kini, hampir 56 keperluan pesakit kanser berjaya dibantu. Ikuti perkembangan pesakit di Facebook @MyHeartVolunteers.