Bayi 2 Bulan Perlukan RM52,000 Untuk Jalani Tiga Pembedahan Dalam Kadar Segera
Maklumat Pesakit:
- Nama pesakit: Muhammad Rafiqi
- Nama bapa: Ricky bin Akbil
- Nama ibu: Mimie bt Roben
- Pekerjaan bapa serta tanggungan: Pekerja Kilang (6 tanggungan)
- Negeri: Likas, Sabah
Maklumat Pembedahan:
▶️Kos pembedahan: RM52,000
▶️Tempat pembedahan: Hospital Gleaneagles
▶️Tempoh pembedahan
- Pembedahan pertama ketika baby Rafiqi berusia 2 bulan (BANTUAN SEGERA DIPERLUKAN)
Pembedahan kedua ketika baby Rafiqi berusia 18 bulan
Pembedahan ketiga berumur 10 tahun ke atas
Ibu mana yang tidak hiba, saat mengetahui hero kecil yang hanya baru berusia 2 bulan, disahkan menghidap penyakit jantung. Bukan sahaja saluran jantungnya sempit, doktor turut mendapati dinding jantung sebelah kirinya nipis, menyebabkan bayi Rafiqi tidak dapat bernafas secara normal, malah perlu bergantung kepada ubat untuk terus hidup.
Menurut ibunya, Puan Mimie, semenjak lahir nafas baby Rafiqi laju dan selalu tercungap-cungap. Bimbang dengan keadaan itu, dia dan suami segera membawa ke hospital untuk mendapatkan pemeriksaan lanjut.
Saat mengetahui keadaan anaknya, perkara ini sangat merunsingkan Mimie dan juga Ricky. Dengan keadaan ekonomi sekarang, serta suaminya yang hanya bekerja sebagai pembantu kilang, Mimi tahu dia perlu berusaha sesuatu untuk menyelamatkan anaknya.
Pernah, dia bekerja secara part-time bagi membantu meringkankan beban keluarga. Rafiqi anak bongsu daripada 5 beradik. Anak-anaknya yang lain masih kecil dan keperluan pelajaran mereka juga masih perlu ditanggung.
Kini, baby Rafiqi sedang menunggu masa untuk menjalani pembedahan pertama, iaitu meletakkan tiub di saluran jantungnya yang sempit. Mereka terpaksa berhutang dengan pihak hospital kerana risiko yang lebih tinggi bakal menimpa sekiranya pembedahan tidak dipercepatkan.
10 Pejuang Sakit Jantung Sedang Menunggu Bantuan Anda
MyFundAction bersama MyHeart mengambil inisiatif bagi membantu meringankan bebanan keluarga serta pesakit yang menghadapi kesukaran serta memerlukan bantuan kewangan bagi menjalani rawatan. Usaha ini telah bermula sejak 2019 lagi dan sehingga kini, hampir 34 pesakit jantung berjaya dibantu.
Allah berfirman:
“Dan barangsiapa yang memelihara kehidupan seorang manusia, maka seolah-olah dia telah memelihara kehidupan manusia semuanya.”
(QS. Al Maidah: 32)
Dengan keprihatinan anda semua, mari bersama kami dalam memberi sinar kehidupan yang baru buat baby Rafiqi.