![[BAYI 2 BULAN INI PERLUKAN BANTUAN KITA SEMUA, RM52,000 UNTUK 3 PEMBEDAHAN] [BAYI 2 BULAN INI PERLUKAN BANTUAN KITA SEMUA, RM52,000 UNTUK 3 PEMBEDAHAN]](https://mfa.myfundaction.org.my/media/forms/669-im22selamatkanbabyrafiqi-1632195490.jpg)
[LAHIR KEADAAN TIDAK NORMAL, SALUR DARAH JANTUNG BABY ALMAN TERBALIK]
Ibu bapa mana yang akan menyangka setelah debaran menanti kelahiran anak mereka, disambut dengan gembira sekeluarga, bertukar menjadi keresahan. Anak lahir dengan keadaan jantung tidak normal seperti bayi lain.
Bayi Alman disahkan menghidap sakit jantung sejak lahir pada 12 Oktober tahun lalu. Salur darah jantungnya terbalik menjadikannya sukar untuk bernafas.

Bayi Alman sepatutnya dijadualkan untuk menjalani pembedahan apabila berusia 8 bulan, namun manusia hanya mampu merancang. Paru-paru kanannya sudah mula membengkak sejak awal bulan. Lekuk di dadanya juga semakin teruk.
Keluarga bayi Alman dimaklumkan pembedahan diawalkan iaitu pada 27 Januari 2021 di Hospital Gleneagles Kuala Lumpur dengan anggaran kos RM80,000.
Sebaik dimaklumkan mengenai keadaan kesihatan bayi Alman yang memerlukan pembedahan segera dengan kos sebanyak itu, Puan Wan Nazirah mengakui seakan menemui jalan buntu.
Sebaik dimaklumkan mengenai keadaan kesihatan bayi Alman yang memerlukan pembedahan segera dengan kos sebanyak itu, Puan Wan Nazirah mengakui seakan menemui jalan buntu.

"Walaupun berat ujian ini kerana Alman anak bongsu kami, namun saya terima dengan redha" katanya.
Mereka hanya bekerja sendiri. Pendapatan cukup-cukup untuk keperluan mereka sekeluarga, dengan tanggungan 6 orang. Namun tanpa pembedahan segera, keadaan bayi Alman akan menjadi lebih teruk. Sebanyak RM80,000 diperlukan bagi membantu mengembalikan kesihatannya seperti anak-anak lain.
Kami dari MyHeart bekerjasama dengan MyFundAction membuka tabung untuk membiayai keperluan pesakit-pesakit yang kurang berkemampuan seperti keluarga bayi Alman. Ayuh kita kongsi rezeki bersama kos pembedahannya dapat segera dicukupkan.
Kami sangat mengalu-alukan kerjasama dan sokongan anda semua untuk meringankan beban keluarga ini. Hasil kebersamaan yang anda kongsikan dapat memberi kekuatan kepada bayi Alman untuk terus berjuang melawan penyakitnya.

========================================
Nama: Muhammad Alman Bin Khuram Shahzad
Umur: 3 Bulan
Nama Ayah: Khuram Shahzad
Nama Ibu: Wan Nazirah Binti Yong Ali
Tempat Tinggal: Kuala Nerus, Terengganu
MAKLUMAT PEMBEDAHAN
Kos: RM80,000
Tempat: Hospital Gleneagles Kuala Lumpur
Tarikh: 27 Januari 2021
=======================================
Allah berfirman:
“Dan barangsiapa yang memelihara kehidupan seorang manusia, maka seolah-olah dia telah memelihara kehidupan manusia semuanya.”
(QS. Al Maidah: 32)
(QS. Al Maidah: 32)
Mari bersama-sama kami menjayakan usaha ini untuk membolehkan adik Afiyah membesar seperti bayi normal yang lain.