[SAHAM AKHIRAT YANG TAK PERNAH RUGI]
“Apabila manusia meninggal dunia terputuslah pahala amalannya kecuali tiga perkara: Sedekah yang berterusan, ilmu yang bermanfaat dan anak soleh yang berdoa kepadanya.”
(HR Muslim)
Alhamdulillah sejak Disember 2018, MyFundAction telah menubuhkan kelas mengaji secara PERCUMA buat golongan asnaf dan mualaf di Sabah.
“Saya memang nak mengaji ustazah, tapi saya tak mampu bayar yuran kelas. Bila ada kelas free ni saya memang betul-betul mahu mengaji sampai pandai” - Siti
“Kami mahu betul mengaji ni Ustazah. Rugi rasanya kalau tidak tahu mengaji umur-umur begini. Kubur sudah panggil-panggil. Malu kalau mati tapi tak pandai mengaji” - Mak cik Laila
“Saya mau pandai mengaji. Bila saya pandai nanti, saya boleh ajar mak saya, bapak saya, keluarga saya” – Nurain
“Saya mualaf sejak 2011 lagi, sudah 10 tahun. Tapi satu huruf pun saya tidak tahu ni Ustazah”
Allahu Akbar. Perasaan kami bercampur baur.
KESUKARAN DIHADAPI TIDAK MEMATAHKAN SEMANGAT MEREKA
Sebelum ini kelas beroperasi secara bersemuka di Annur Quranic Centre namun sepanjang pandemik, kelas terpaksa berlangsung secara atas talian.
Golongan asnaf yang kurang berkemampuan terpaksa berkongsi telefon untuk penggunaan antara adik-beradik, tidak termasuk lagi masalah jaringan internet yang lambat menyukarkan mereka untuk mengikuti sesi pengajaran tersebut.
Sedih, hati kami sayu. Kami betul-betul ingin bantu mereka untuk belajar mengaji dan mendalami Islam dengan lebih sempurna.
HERO TIDAK DIDENDANG
Untuk makluman, anak-anak asnaf dan mualaf diajar oleh sekumpulan tenaga pengajar yang datang dari pelbagai daerah di Sabah.
Ada tenaga pengajar yang terpaksa berjalan kaki sejauh 3km,
Ada tenaga pengajar yang terpaksa menaiki bot selama 30 minit untuk ke surau kampung sebelah,
Ada tenaga pengajar yang terpaksa meniti jambatan usang yang kadang kala berisiko membahayakan nyawa mereka.
Pengorbanan serta kesanggupan mereka untuk mengajar tidak terbalas jasanya. Hakikatnya kita semua mengetahui cabaran yang dihadapi untuk belajar dan mengajar sejak wabak Covid-19 melanda.
BERI SOKONGAN DARI JAUH TAJA 2,000 QURAN TERJEMAHAN SERENDAH RM30
Oleh itu kami membuka peluang kepada sesiapa yang berminat mendapat pahala mengalir untuknya, mari sama-sama bantu. In shaa Allah bagi mereka yang ada lebihan rezeki dan ingin menabung saham akhirat, inilah peluangnya!
BAYANGKAN SEKIRANYA HARI INI ANDA BERKONGSI REZEKI DAN SUATU HARI NANTI MEREKA LANCAR MENGAJI
Gambar diambil sebelum Perintah Kawalan Pergerakan
Mudah-mudahan dengan keprihatinan anda semua, hasrat mereka untuk celik al-Quran terlaksana di samping mengurangkan kadar buta alquran di Sabah. Semoga ini menjadi amal jariah yang berpanjangan di alam sana. Aamiin