BAHAYA! Jangkitan paru-paru buatkan otot Anas lumpuh!


"Anak kau cacat eh?"

"Kau tak makan folic acid ke?"


Mudahnya mulut netizen berkata-kata.


Tak fikir langsung perasaan ibu yang sedang berjuang membesarkan anak kecil yang sakit.


Noor Arizawati (Wati), 41 tahun cerita, Anas dilahirkan normal sehinggalah waktu dia umur 7 bulan, perkembangan dia merosot.


Kaki tak boleh angkat .

Badan asyik meniarap.


Doktor syak Anas lemah otot saja pada awalnya.


Lepastu, terpaksa lah dia jalani 3 ujian MRI dan ujian darah untuk pastikan keadaan dia.


"Rupa-rupanya Anas ada SMA (Spinal Muscular Atrophy) Type 2  atau ada gangguan saraf," sebak Wati.


Anas dah mula tunjukkan simptom-simptom yang dia tak boleh pegang barang dengan tangan dan tak dapat nak menggerakkan kaki.


Selain tu, penyakit ni juga buatkan Anas selalu terkena jangkitan paru-paru atau pneumonia.


"Dah 8 kali Anas dimasukkan ke hospital disebabkan pneumonia ni," Wati cerita lagi.


Doktor yang merawat Anas beritahu, Anas sangat memerlukan Cough Assist Machine atau mesin bantuan batuk untuk pastikan paru-paru dia dalam keadaan stabil.


Wati sama seperti ibu-ibu yang lain.


Dia nak Anas sihat dan boleh membesar macam budak yang lain yang boleh berjalan, berlari.


SENARAI KEPERLUAN ANAS : RM32,500

Susu Khas (RM2,700+-) RM50/tin

Kos Rawatan (RM2,300+-) RM100/bahagian

(PERLU SEGERA!) Mesin Bantuan Batuk (RM27,500+-) RM150/bahagian


Disclaimer:

MyHeart dan MyFundAction menceritakan kisah Anas Haikal untuk menjayakan Tabung Genetik untuk pesakit sepertinya. Hasil sokongan akan diberikan mengikut keperluan Anas Haikal dan lebihan akan diberikan kepada pesakit lain yang memerlukan. Anda boleh mengikuti perkembangan pesakit di  Facebook @MyHeartVolunteers


Perhatian! Sila lengkapkan borang di bawah.

Ruangan yang wajib diisi

PILIHAN SUMBANGAN

Pilihan Kuantiti Nilai (RM)
Susu Khas (RM2,700+-) RM50/tin
Kos Rawatan (RM2,300+-) RM100/bahagian
Mesin Bantuan Batuk (RM27,500+-) RM150/bahagian
Pakej Kasih Sayang (Any Amount)
JUMLAH
JUMLAH KESELURUHAN (RM)
Caj Perkhidmatan Peniaga (RM)

BUTIRAN PENYUMBANG

BUTIRAN SUMBANGAN


Maklumat Organisasi

MyFundAction
info@myfundaction.org
+60162341090