Ganjaran Pahala Bagi Setiap Sujud
Sabda Rasulullah SAW:
“Jarak paling dekat antara seorang hamba dengan ALLAH SWT adalah ketika sedang sujud. Maka perbanyaklah doa ketika sujud” (HR. Abu Hurairah).
Mahukah anda mendapat ganjaran pahala setiap kali jemaah solat, berzikir, berdoa, membaca al-Quran dan beriktikaf di dalam masjid?
Inilah peluangnya tuan/puan. Masjid Baru Ar-Rahmaniah, Tronoh sedang dibina dan memerlukan RM100,000 bagi memasang karpet baru.
Dengan usaha wakaf anda ini, akan dapat mengimarahkan lagi masjid baru ini supaya dapat memberi keselesaan kepada jemaah untuk menunaikan solat serta melakukan aktiviti kerohanian.
Ayuh tuan/puan yang berjiwa baik, kita raih pahala yang berterusan dengan berwakaf ke atas karpet Masjid Baru Ar-Rahmaniah Tronoh.