[TAK SANGGUP LIHAT MEREKA MENDERITA KELAPARAN LAGI !]
Besar Ganjaran Amalan Berkongsi Makanan:
Rasulullah SAW pernah bersabda,
“Barangsiapa yang memberi makan kepada seorang mukmin hingga membuatnya kenyang dari rasa lapar, maka Allah akan memasukkannya ke dalam salah satu pintu syurga yang tidak dimasuki oleh orang lain.”
(HR. Thabrani)
HAKIKAT SAUDARA MUSLIM KITA DI YAMAN
Seluruh dunia tahu, jika disebut Yaman, terbayang bagaimana kebelakangnya mereka dari pelbagai aspek berbanding dengan negara maju yang lain. Muslim di Yaman kekurangan dari segi fasiliti, kemudahan, teknologi dan pendidikan.
Mereka juga alami kemiskinan terburuk dalam situasi penuh konflik menyebabkan rakyat Yaman menghadapi masalah kebuluran yang kritikal serta kekurangan keperluan kehidupan yang asas dan sering berpindah randah.
Yaman kini merupakan sebuah negara yang mempunyai mangsa kebuluran paling ramai dan sangat tinggi berbanding negara pelarian yang lain.
KILANG ROTI DI YAMAN
Oleh itu, MyFundAction tampil bagi membantu meringan sedikit beban mereka dengan kempen Kilang Roti untuk Yaman.
Alhamdulillah, dengan adanya kilang roti ini, 4,900 keping roti diedarkan untuk 20 buah keluarga dalam tempoh sebulan. Setiap keluarga akan mendapat 245 keping roti sebulan yang mampu mengelakkan mereka daripada kebuluran.
Oleh itu, kami ingin mengajak anda untuk berkongsi rasa dan terus menyokong kempen ini demi membantu saudara kita di sana. Kami menyasarkan kutipan sebanyak RM300,000 untuk menjayakan kempen Peduli Yaman kali ini.
Ayuh bantu saudara kita di Syria! Semoga usaha ini mendapat ganjaran setimpal di akhirat kelak.
BAGAIMANA INGIN BERKONGSI REZEKI?
Anda boleh memilih mana-mana pakej seikhlas hati anda:
RM50 (1 keluarga)
RM250 (5 keluarga)
RM500 (10 keluarga)
Seikhlas hati RM30