[BAYANGKAN TERPAKSA MENGGUNAKAN AIR LONGKANG UNTUK KEGUNAAN SEHARIAN SELAMA BERTAHUN-TAHUN]






Rata-rata kampung di sekitar sini menghadapi masalah bekalan air. Mereka sukar mendapatkan akses air bersih dan sistem pengairan yang baik. Dengan keterbatasan itu, mereka hanya mampu menggunakan air sungai atau air dari bukit. Tangki air akan dibina untuk mendapatkan air daripada kedua-dua sumber tersebut.


APA YANG TERJADI DI KAMPUNG PALAS? 

Terpaksa guna AIR LONGKANG untuk aktiviti harian


Sebelum wujudnya sistem saliran paip, penduduk Kampung Palas memperoleh air daripada saluran air longkang di tepi jalan utama kampung mereka. Disebabkan itu, penduduk kampung akan berhadapan situasi yang berbahaya untuk memperoleh air kerana kedudukan longkang adalah di tepi jalan utama yang juga merupakan jalan utama yang selalu digunakan oleh orang ramai untuk ke Gua Musang mahupun ke Cameron Highland.


Oleh hal demikian, Ketua Kampung Palas mencadangkan untuk membuat 1 tangki air bersaiz besar dengan paip diameter yang lebih besar diatas bukit yang jaraknya adalah 2KM dari kawasan kampung beserta 1 unit tangki air bersaiz sederhana di kampung tersebut sebagai sumber air mereka. 


Air bersih ini juga diperlukan untuk kegunaan pelbagai aktiviti di dewan utama yang dibina oleh pihak kerajaan. Disebabkan sering kali berlakunya masalah ketiadaan air, kebanyakan aktiviti harian penduduk kampung terganggu. Antara aktiviti yang dijalankan di dewan ialah kelas solat, kelas mengaji dan sebagainya. 


Penceritaan daripada Ketua Kampung Palas: Penduduk juga perlu beratur panjang di dewan untuk mendapatkan air.


Kerana itulah, kami di MyFundAction ingin membantu mereka membina tangki air di Kampung Palas dan juga menaiktaraf sistem perpaipan supaya dapat memudahkan urusan harian penduduk kampung.



Terpaksa gunakan jaring ini sebagai penapis air




WAKAF TANGKI AIR , KAMPUNG PALAS,PERAK

Operasi : Membina tangki air di Kampung Palas, Perak

Kapasiti kegunaan : Tangki yang berkapasiti menampung 1000 liter air

Jumlah penduduk : Seramai 30 orang penduduk yang akan mendapat manfaat daripada tangki air ini


Kos : RM 50,000



Kami melancarkan Program Wakaf Air Bersih buat penduduk di kampung-kampung sekitar Perak. Ketahuilah dengan wakaf untuk pembinaan tangki air ini, ganjaran pahala tuan puan amat menguntungkan. Selama mana tangki air itu dimanfaatkan untuk urusan ibadah penduduk dan aktiviti harian mereka, maka selama itulah pahala akan mengalir buat tuan puan 


Apatah lagi setiap titisan air itu akan memberi manfaat kepada penggunanya untuk dapat berwuduk dengan sempurna, serta menggunakannya sebagai sumber bersih untuk ibadah serta makan dan minum demi menjamin kesihatan yang lebih baik berbanding sekarang.



BAGAIMANA INGIN BERWAKAF #KONGSIREZEKI?

Anda boleh memilih mana-mana pakej wakaf seikhlas hati anda:

 PAKEJ A – RM300 (Wakaf 1 Penama)

PAKEJ B - RM200 (Hadiah penghargaan 4 pek qurban)

 PAKEJ C – RM100  (Hadiah penghargaan 2 pek qurban)

 PAKEJ D – RM50 

 PAKEJ E – RM30 


Ayuh kita bersama-sama persiapkan saliran air buat kegunaan harian mereka beribadah. Moga Allah merahmati kalian dengan usaha ini. Bayangkan betapa besarnya manfaat yang dapat dirasai oleh ummat dengan pembinaan empangan dan tangki air ini.


PROJEK WAKAF TANGKI AIR YANG TELAH BERJALAN

Alhamdulillah ,di kampung lain, iaitu Kampung Sungai Rengat, kami telah memulai aktiviti pembinaan tangki air buat kegunaan harian penduduk. 




MyFundAction akan membangunkan tangki air di beberapa buah kampung di sekitar Tasik Banding, Gerik ini. Kebanyakkan kampung-kampung disini menghadapi kekangan dalam mendapatkan akses air bersih dan sistem pengairan yang baik. Jumlah yang melebihi akan digunakan untuk pembangunan kampung-kampung.




Istimewa buat pewakaf, pihak MyFundAction Perak berbesar hati ingin memberi hadiah penghargaan kepada pewakaf untuk pakej RM100 dan keatas, butiran seperti berikut






Perhatian! Sila lengkapkan borang di bawah.

Ruangan yang wajib diisi

PILIHAN SUMBANGAN

Pilihan Kuantiti Nilai (RM)
WAKAF A RM300(1 Penama)
WAKAF B RM200
WAKAF C RM100
WAKAF D RM50
WAKAF E RM30
JUMLAH
JUMLAH KESELURUHAN (RM)
Caj Perkhidmatan Peniaga (RM)

BUTIRAN PENYUMBANG

Masukkan nama pewakaf

BUTIRAN SUMBANGAN


Maklumat Organisasi

MyFundAction
info@myfundaction.org
+60162341090