Nak Tahu Amalan Terbaik Yang Paling Dicintai Allah?
Rasulullah SAW menjawab pertanyaan Ibnu Umar dalam hadisnya bermaksud:
".....Manusia yang paling dicintai oleh Allah adalah yang paling memberikan manfaat bagi manusia lain. Adapun amalan yang paling dicintai oleh Allah adalah membuat muslim yang lain bahagia, mengangkat kesusahan dari orang lain, membayarkan hutangnya atau menghilangkan rasa laparnya. Sungguh aku lebih cintai mengutamakan saudaraku yang muslim berbanding beri’tikaf di masjid ini (Masjid Nabawi) selama sebulan.” (HR. Thabrani)
Seperti yang dialami oleh Puan Ros, yang hidup serba kekurangan di Semporna, Sabah. Puan Ros adalah ibu tunggal yang menyara lima orang anaknya yang masih bersekolah. Sumber pendapatannya adalah dengan berniaga kecil-kecilan di kampung.
Ini adalah antara kata-kata Puan Ros ketika kami santuni dia dan keluarganya:
"Hidup kami susah. Pendapatan aku tidak menentu. Tapi, anak-anak sudah memahami keadaan kami. Bantuan ini datang waktu aku sudah kering (tiada duit). Kata anak-anakku, "Mak ada kotak kita mak di rumah Ustaz sana"
"Alhamdulillah, alhamdulillah nak. Ngam-ngam beras kita tiada nak"
Rezeki Ummat - Ringankan Beban Asnaf Di Bulan Ramadhan Yang Mulia
#JiwaBaik, cerita ini adalah kisah benar daripada ribuan asnaf di Malaysia.
Rezeki Ummat merupakan projek untuk membantu meringankan beban kelompok berpendapatan rendah dan menengah dalam menyediakan keperluan Makanan Asas.
Tujuan dari projek ini adalah untuk meringankan beban mereka dan memastikan keperluan asas mencukupi. Melalui projek ini juga, asnaf yang terpilih akan mendapat bantuan berterusan selam enam bulan.
Semoga dengan perkongsian rezeki anda dan niat murni meringankan beban saudara yang lain, Allah membalas kebaikan Tuan/ Puan dengan rezeki yang lebih baik di dunia dan akhirat. Wallahualam