Hadiahkan Ramadhan Terindah Buat Ibu Bapa Tercinta




Baru-baru ni, kami menyantuni sebuah rumah kebajikan, Pusat Jagaan Al-Fikrah. 

Kali pertama tiba di sana, melihat raut wajah sayu mereka, susuk tubuh yang kurus membongkok, hati kami terusik.

Teringat ibu ayah di kampung. 





Sepanjang di sana, sempat juga kami berbual dengan warga rumah kebajikan tersebut. Nampak sangat mereka rindu dengan keluarga yang tiada di sisi. 

Jadi, kami ingin bahagiakan mereka bulan Ramadan kali ini dengan berkongsi rezeki iftar istimewa bersama mereka melalui kempen Special Iftar For Ummah(SIFU).




Bagi Fasa Pertama Ramadan ini, kami ingin mengajak anda untuk menyediakan juadah berbuka istimewa bukan sahaja untuk warga emas malah kepada anak yatim, ibu tunggal, OKU dan asnaf memerlukan.


SENARAI RUMAH WARGA EMAS, ANAK YATIM, IBU TUNGGAL & OKU
1) Rumah Al-Firdaus
2) Pertubuhan Kebajikan & Pendidikan Al-Mahabbah
 3) Rumah Anak Yatim Nur Kasih
 4) Iftar Bersama Anak Panti Asuhan Kalabahi, Indonesia
5) Rumah KAFA Anak Pekak
6) Anak Yatim & Asnaf Tahfiz Lok Poring
 7) Rumah Jagaan Rukaiyah
8) Rumah Amal Limpahan Kasih
9) Rumah Titian Kasih Perlindungan
10) Persatuan Ibu Tunggal


Dengan hanya RM30, anda boleh berkongsi rezeki iftar yang mengandungi: 

  1. Hidangan utama (nasi berlauk/menu western),
  2. Minuman berperisa
  3. Buah-buahan
  4. Pencuci mulut
  5. Kurma




Ayuh semua, kita ukir 1001 senyuman di bulan mulia ini bersama kempen Special Iftar For Ummah.

Nabi SAW bersabda; 

"Siapa yang memberi makan (saat berbuka) untuk orang yang puasa, maka dia mendapat pahala seperti pahala orang yang diberi makannya itu tanpa dikurangi sedikitpun dari pahalanya. (Hadis Riwayat At-Tirmizy)











Perhatian! Sila lengkapkan borang di bawah.

Ruangan yang wajib diisi

PILIHAN SUMBANGAN

Pilihan Kuantiti Nilai (RM)
1 orang anak yatim - RM25
2 Orang anak yatim - RM50
5 orang anak yatim - RM125
10 orang anak yatim - RM250
JUMLAH
JUMLAH KESELURUHAN (RM)
Caj Perkhidmatan Peniaga (RM)

BUTIRAN PENYUMBANG

BUTIRAN SUMBANGAN


Maklumat Organisasi

MyFundAction
info@myfundaction.org
+60162341090