TERPAKSA KUTIP MAKANAN DI TEMPAT SAMPAH, WANITA INI TIDAK SANGGUP BIAR ANAK KELAPARAN

Puan Miah diuji suami yang sakit mental maka kerana itu dia menggalas tanggungjawab menjadi tulang belakang yang mencari rezeki untuk keluarganya. Anak-anaknya seramai 6 orang masih kecil dan bersekolah. Dengan kudrat yang ada, Puan Miah menjana pendapatan dengan menjual barang terpakai, botol plastik, besi buruk di tempat pembuangan sampah.
Tiap hari, dia akan ke tempat pembuangan sampah untuk mencari barangan yang boleh dijual, dan lebih menyayat hati, dia juga mencari makanan di sana. Makanan yang dibuang dibawa pulang ke rumah untuk anak-anak dan suaminya.
Hasil jualan barangan terpakai tersebut Puan Miah hanya memperoleh sekitar RM 15- RM 20. Bayangkan dengan pendapatan tersebut, mereka sekeluarga terpaksa mencatu makanan dan hidup apa adanya agar mereka boleh membayar sewa rumah, yuran sekolah anak serta bil air dan eletrik.
Lebih merisaukan, jika Puan Miah jatuh sakit, maka pada hari tersebut tiadalah pendapatan buat keluarga mereka. Kehidupan mereka ibarat kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.
Puan Miah merupakan salah seorang asnaf yang kami santuni. MyFundAction terus bergerak untuk mendekati dan mneyantuni asnaf yang kurang kemampuan.
MyFundAction mencari #sahabatbaik yang ingin bersama-sama kami meringankan beban insan-insan yang kurang bernasib baik seperti Puan Miah dan pejuang nafkah yang lainnya.
BAGAIMANA KITA BOLEH MEMBANTU MEREKA?
MyFundAction menjalankan program bekalan makanan ruji buat golongan yang terhimpit dalam mencari rezeki
Bantuan yang disalurkan adalah :
1) Bekalan Makanan Asas yang mengandungi lebih 15 barang dapur termasuk beras, minyak, susu dan gula
2) Bekalan Makanan Basah seperti ikan dan sayur-sayuran
3) Pek Makanan Sedia Dimakan yang boleh terus dimakan pada bila-bila masa
Kami memfokuskan pemberian kepada beberapa golongan di seluruh negara yang terkesan. Antaranya:
1 . Golongan B40, miskin dan miskin tegar.
2 . Kurang Berkemampuan (OKU dan Orang Tua)
3 . Bantuan pasca bencana
4 . Masyarakat pedalaman (Orang Asli)
5 . Hilang punca pendapatan
Alhamdulillah. Sepanjang tahun 2020, anggaran seramai 133,025 orang telah mendapat manfaat. Kami mengalu-alukan kerjasama dan sokongan anda semua untuk terus bersama kami supaya lebih ramai dapat dibantu.
Sesungguhnya usaha ini tidak mampu dilakukan sendirian, kami perlukan sokongan anda!
Semoga usaha ini dapat meringankan beban yang ditanggung dan pada masa yang sama dapat menambah beban pahala buat kita di Akhirat kelak InshaaAllah.
AYUH BERIKAN SINAR KEBAHAGIAAN!
Anda boleh pilih pakej di bawah untuk taja bantuan buat mereka
✅ PAKEJ 1 : RM280 (Bantu 2 Keluarga)
✅ PAKEJ 2 : RM140 (Bantu 1 Keluarga)
✅ PAKEJ 3 : RM70
✅ PAKEJ 4 : RM35
*Anggaran kos untuk 1 keluarga : RM 140/keluarga
Mari kita bina kehidupan masyarakat Malaysia yang lebih baik. Mereka orang-orang yang berusaha, namun kadang penghasilannya tidak mencukupi keperluan.
BAGAIMANA UNTUK ANDA MEMBANTU?
1. Sila pilih pakej tabung di bawah
2. Pilih Pilihan Bank untuk meneruskan transaksi Online
3. Tekan Butang " Pembayaran"
4. Anda akan dibawa ke halaman Bank dan teruskan transaksi di laman tersebut
5. Setelah berjaya, anda akan dibawa ke ruangan Terima Kasih