{ DUGAAN BAYI 2 BULAN DERITA JANTUNG BERLUBANG }



Nuha Ayesha menderita penyakit Ventricular Septal Defect, Heart Failure dan Total anomalous pulmonary venous drainage(TAPVD). Ibu bapanya mengharapkan ihsan orang ramai untuk menampung kos pembedahan jantung anak mereka yang memakan kos sebanyak RM80,000.


Ibu bapa mana yang akan menyangka, setelah debaran menanti kelahiran puteri mereka, disambut dengan gembira sekeluarga, bertukar menjadi keresahan.


Selepas adik Nuha dilahirkan, doktor mengesan adik Nuha mengalami kekurangan oksigen dalam badan. Adik Nuha perlu dipantau oleh doktor di wad yang berasingan dari ibunya.


ADA BUNYI ‘MURMUR’ PADA  JANTUNG




Doktor juga mengesan bahawa terdapat bunyi ‘murmur’ pada jantung adik Nuha. “Bunyi tersebut adalah normal bagi bayi yang baru lahir dan perlu memantau semula selepas sebulan”- Kata doktor 


Selepas 1 bulan, doktor memeriksa bunyi deruan jantung(murmur) adik Nuha masih ada dan doktor membuat temujanji untuk menjalani pemeriksaaan jantung adik Nuha.


Tetapi keadaan adik Nuha semakin teruk. Adik Nuha mula bernafas dengan laju dan kerap menangis. Kerisauan ibu bapanya melihat keadaan anak mereka begitu, adik Nuha dibawa menjalani temujanji lebih awal dari tarikh yang sepatutnya.


Doktor membuat pemantauan selama beberapa jam dan adik Nuha dimasukkan ke dalam wad selama 3 minggu. Doktor memberitahu bahawa adik Nuha perlu dibedah dengan segera di Gleneagles KL.



02 September 2021 - Adik Nuha telah menjalani pembedahan dan jumlah kos pembedahan tersebut memakan sebanyak RM80,000. Namun kos tersebut masih belum dibiayai kerana keluarga adik  Nuha tidak mampu untuk menanggung kos sebanyak itu.


Encik Zair (bapa) bekerja sebagai pemandu lori, manakala Puan Yuti (ibu) adalah seorang guru tadika. Dengan pendapatan yang mereka perolehi masih tidak mencukupi untuk membiayai kos pembedahan buat adik Nuha. 


Lebih menyayat hati, mereka sudah tidak bekerja selama 2 bulan kerana musim pandemik ini. Syarikat Encik Zair telah ditutup begitu juga dengan sekolah Puan Yuti.


Tambahan, mereka sekeluarga tidak pernah mendapat sebarang bantuan luar untuk menampung sara hidup.


RM80,000 DIPERLUKAN UNTUK BIAYAI KOS PEMBEDAHAN DAN RAWATAN ADIK NUHA




Kami daripada Myheart dengan kerjasama MyFundAction membuka tabung untuk membiayai keperluan pesakit-pesakit yang kurang berkemampuan seperti keluarga adik Nuha. Kami sangat mengalu-alukan kerjasama dan sokongan anda semua untuk meringankan beban keluarga ini. 


Bantu kami penuhi kos pembedahan dan rawatan adik Nuha. Hasil kebersamaan yang anda kongsikan dapat memberi kekuatan kepada ibu bapa adik Nuha untuk melihat anak mereka membesar sihat seperti orang lain.


Kami menyediakan beberapa pakej untuk anda bersama berkongsi rezeki dengan kami :


TABUNG MYHEART RM500

TABUNG MYHEART RM200

TABUNG MYHEART RM100

TABUNG MYHEART RM50

TABUNG MYHEART RM30


Semoga Allah memberkati rezeki yang anda kongsikan buat adik Nuha dan pesakit – pesakit lain sepertinya. Semoga ada sinar kembali buat mereka yang menerima rezeki daripada anda. 





Disclaimer:

MyHeart dan MyFundAction menceritakan kisah adik Nuha bagi menjayakan Tabung Jantung buat pesakit-pesakit jantung sepertinya. Hasil kutipan tersebut akan diberikan mengikut keperluan adik Nuha dan lebihan akan diberikan kepada pesakit lain yang memerlukan. Boleh ikuti perkembangan pesakit di Facebook @MyHeartVolunteers






Perhatian! Sila lengkapkan borang di bawah.

Ruangan yang wajib diisi

PILIHAN SUMBANGAN

Pilihan Kuantiti Nilai (RM)
TABUNG MYHEART RM 500
TABUNG MYHEART RM 200
TABUNG MYHEART RM 100
TABUNG MYHEART RM 50
TABUNG MYHEART SERENDAH RM 30
JUMLAH
JUMLAH KESELURUHAN (RM)
Caj Perkhidmatan Peniaga (RM)

BUTIRAN PENYUMBANG

BUTIRAN SUMBANGAN


Maklumat Organisasi

MyFundAction
info@myfundaction.org
+60162341090