Wakaf Masjid Tersempit Di Otsuka

‘Sesiapa yang membina masjid kerana Allah, Allah membina baginya rumah di syurga kelak (binaan) seumpamanya.”(Hadith riwayat Muslim).


MasyaAllah...sejak 1999 lagi Masjid Otsuka di Jepun telah dibina untuk berjasa kepada komuniti Muslim sebagai tempat untuk beribadah dan berkumpul.




Namun, disebabkan jumlah Muslim yang semakin ramai, masjid tersebut jadi terlalu sesak.


Saiz masjid yang kecil tak mampu bekalkan ruangan yang cukup untuk solat, malah untuk melakukan aktiviti keagamaan dan sosial sekalipun.


Bayangkan ya, sewaktu solat Jumaat, jemaah terpaksa berhimpit dan bergilir-gilir 6 kali untuk solat!





Jadi, MyFundAction akan jalankan projek untuk menaiktaraf Masjid Otsuka dan menyediakan pelbagai fasiliti lengkap.


Yang pasti, ruang solat akan jadi lebih besar dan selesa.





Jadi, kami memerlukan 850 pewakaf untuk mewakafkan hanya serendah RM50 sahaja untuk wakaf naik taraf Masjid Otsuka baharu.


Ayuh semua jiwa baik, kita bekerjasama untuk segerakan projek naik taraf masjid ini supaya lebih ramai saudara kita di sana dapat memanfaatkannya. 


InsyaAllah, dengan usaha kita, penduduk setempat dapat beribadat dengan lebih selesa. Malahan, besar sangat pahala bagi mereka yang berwakaf atas jalan Allah.

Selain wakaf untuk diri sendiri, anda juga boleh niatkan wakaf anda untuk:
  • Ibu bapa yang sudah meninggal dunia atau yang masih hidup
  • Isteri, anak-anak atau sahabat yang pernah berbudi dgn kita
  • Lunaskan hutang kita kepada mereka yang kita sudah terputus hubungan




Perhatian! Sila lengkapkan borang di bawah.

Ruangan yang wajib diisi

PILIHAN SUMBANGAN

Pilihan Kuantiti Nilai (RM)
Wakaf Al-Fattah (1 Lot - RM50)
Wakaf Al-Basit (2 Lot - RM100)
Wakaf Al-Latif (6 Lot - RM300)
Wakaf Al-Razzaq (10 Lot - RM500)
JUMLAH
JUMLAH KESELURUHAN (RM)
Caj Perkhidmatan Peniaga (RM)

BUTIRAN PENYUMBANG

BUTIRAN SUMBANGAN


Maklumat Organisasi

MyFundAction
info@myfundaction.org
+60162341090