Lahir tanpa lubang dubur, terpaksa tebuk perut



Kegembiraan menyambut kelahiran Arif Amsyar bertukar duka.  Siti Rohayu berdepan detik cemas apabila doktor sahkan anaknya lahir tiada lubang dubur. 

Hari kedua kelahiran, Amsyar terus jalani pembedahan membuat lubang di perut.

Bayangkan berat Amsyar yang hanya 2.6kg perlu menggunakan beg stoma yang disambung ke saluran usus  untuk membolehkan najis keluar. 



Malangnya, masalah kewangan menjadi faktor utama penggunaan beg stoma terpaksa dihentikan dan diganti dengan kapas untuk tutup lubang tersebut. Semuanya perlu penjagaan rapi bagi mengelakkan jangkitan kuman.



Ibarat sudah jatuh ditimpa tangga, Puan Rohayu kini seorang ibu tunggal setelah suaminya meninggal dunia bulan lepas.

Dia lah bapa, dia lah juga ibu untuk 3 orang anak yang perlu dibesarkan. Anak sulungnya juga menghidap penyakit kronik dan masih memerlukan rawatan susulan.



Amsyar perlu jalani 2 pembedahan iaitu pembedahan menebuk lubang di dubur dan pembedahan menutup lubung di perut selepas pembedahan lubang di dubur berjaya dilakukan. 

Belum sempat lagi Amsyar nak mengenal dunia, dia 'ditemani' ubat-ubatan dan  bergantung sepenuhnya pada susu formula.

#JiwaBaik semua, Amsyar masih ada harapan untuk membesar normal macam kanak-kanak lain cuma  dia perlukan sokongan kita.

Jom kongsi rezeki dan selamatkan Amsyar dengan memilih pakej di bawah.


KOS KEPERLUAN ARIF AMSYAR: RM11,300

Kos Pembedahan  (RM1,500+-)
RM200/bahagian
Kos Rawatan Luka Perut (RM5,700+-)
RM100/Bahagian
Susu Formula (RM2,880+-)
RM60/paket ( RM60 x 4 paket 1.2kg x 12 bulan) 
Lampin (RM840+-)
RM35/pek ( RM35 x 2 pek x 12 bulan)



Disclaimer:

1)  Hasil sokongan akan diberikan mengikut keperluan pesakit  dan lebihan akan diberikan kepada pesakit lain yang memerlukan. Anda boleh mengikuti perkembangan pesakit di  Facebook @MyHeartVolunteers. 

2) MyHeart dan MyFundAction mempunyai kelulusan untuk Pengurangan Cukai LHDN. Setiap transaksi yang dilakukan oleh individu & sektor korporat adalah layak untuk memohon pengurangan cukai.

3) Jumlah kos keperluan adalah termasuk kos operasi dan penghantaran barangan kepada pesakit.


Perhatian! Sila lengkapkan borang di bawah.

Ruangan yang wajib diisi

PILIHAN SUMBANGAN

Pilihan Kuantiti Nilai (RM)
Kos Pembedahan - RM200/bahagian
Kos Rawatan Luka Perut - RM100/bahagian
Susu Formula - RM60/paket
Lampin Pakai Buang - RM35/pek
Seikhlas Hati - RM 30
JUMLAH
JUMLAH KESELURUHAN (RM)
Caj Perkhidmatan Peniaga (RM)

BUTIRAN PENYUMBANG

BUTIRAN SUMBANGAN


Maklumat Organisasi

MyFundAction
info@myfundaction.org
+60162341090