RUMAH HAMPIR ROBOH DIMAMAH ANAI-ANAI
Sediakan 'Rumah Impian' Yang Selamat
11 tahun hidup sederhana di bawah rumah yang ditampal sedikit demi sedikit dari kayu dan barangan terpakai. Akhirnya, menunggu masa untuk rebah akibat dimakan anai-anai. Selama 11 tahun itu juga keluarga lima beranak ini tidur beralaskan tanah, tiada mozek atau simen.
Asalnya syurga kecil Makcik Say sekeluarga tidak mempunyai bilik, ruang tamu, dapur yang elok. Rumah yang hanya ada satu ruangan. Di situ ruang tidur mereka, ruang belajar anak-anak, serta ruang dapur untuk Makcik Say menyiapkan tempahan kerepek pisang yang diterimanya secara kecil-kecilan.
Rumah yang tiada bilik khas sesuai untuk dua orang anak gadis yang semakin dewasa juga memberi kebimbangan buat kami.
Projek Rumah Impian, Kediaman Selamat Untuk Keluarga Asnaf

Pelan Pembinaan Rumah Impian
- Kos Pembinaan : RM 70,000.
- Jenis Kediaman : Rumah Lot.
- Keluasan tapak : 750 kaki persegi
- Ruangan: 3 buah bilik, 2 buah tandas, ruang tamu dan dapur.
Pelan Lakaran Lantai Rumah
Gambaran Hadapan Rumah
Gambaran Sisi Rumah
Senyuman dan Kejayaan Projek Rumah Impian


JADI SALAH SATU JIWA BAIK BERSAMA PROJEK INI
“Dan barangsiapa yang memelihara kehidupan seorang manusia, maka seolah-olah dia telah memelihara kehidupan manusia semuanya.” - (QS. Al Maidah: 32)
Kami menyasarkan sebanyak RM70,000 bagi membiayai keseluruhan pembinaan rumah baharu buat Puan Zainab dan keluarga. Ayuh bersama kami realisasikan misi ini supaya anak-anak Puan Zainab dapat membesar dan mempunyai kualiti pendidikan serta kesihatan yang lebih baik di masa hadapan.
Anda boleh memilih mana-mana pakej seikhlas hati anda:
Rumah Impian RM 1,500
Rumah Impian RM 1,000
Rumah Impian RM 500
Rumah Impian RM 100
Rumah Impian RM 50
Disclaimer:
MyFundAction menceritakan kisah rumah keluarga asnaf bagi menjayakan Projek Rumah Impian buat asnaf yang terpilih. Hasil kutipan tersebut akan diberikan mengikut keperluan Projek Rumah impian yang masih dalam proses pembinaan. Boleh ikuti perkembangan Projek Rumah Impian ini di Facebook @MyFundAction