WAKAF AL-QURAN SEMPENA RAMADHAN
3 FAKTA YANG DIRAHSIAKAN DUNIA TENTANG
PENDIDIKAN ISLAM DI BENUA AFRIKA
#1 Satu Al-Quran dikoyakkan dan dikongsi bergilir-gilir
Akibat kemiskinan dan kedhaifan di negara-negara miskin Afrika, mereka tidak mampu membeli walau senaskhah Al-Quran.
Di Malaysia, baik di sekolah bahkan masjid, sentiasa ada Al-Quran yang cukup bukan?
Namun, keadaan tidak sama di Afrika. Pelajar-pelajar di madrasah tahfiz terpaksa mengoyakkan Al-Quran dan buku. Lalu, mereka akan bergilir-gilir menghafal Al-Quran menggunakan helaian itu.
#2 Madrasah dan sekolah berunsurkan Islam tidak mendapat biaya kerajaan
Kebanyakan negara Afrika, umat Islam adalah golongan minoriti. Hanya 31.4% Muslim, selebihnya Kristian dan agama nenek moyang.
Akibat tiada pembiayaan, banyak madrasah dibuka atas inisiatif individu. Tiada penyelenggaraan, perabot apatah lagi fasiliti yang baik untuk anak-anak pelajar. Ini termasuk alat bantu mengajar, buku dan al-quran.
#3 Kebanyakan guru dan pengetua di madrasah Afrika tidak dibayar gaji!
Atas kesedaran untuk membangun umat Islam di Afrika, guru-guru sanggup tidak dibayar gaji. Ada dalam kalangan mereka adalah Doktor Falsafah namun, mengorbankan kesenangan dunia dan memilih berkhidmat untuk umat.
BANTU PENDIDIKAN DI BENUA AFRIKA
Terlalu banyak untuk kita bantu dan sama-sama ubah nasib anak-anak di sana. Namun, MyFundAction mengambil langkah untuk memfokuskan edaran Al-Quran khususnya pada bulan Ramadhan kali ini.
Kami berbesar hati ingin mengajak anda dan semua #jiwabaik untuk bersama dalam projek ini. Anda bukan sekadar mendapat pahala wakaf yang berpanjangan mudah-mudahan kami ingin melahirkan generasi Al-Quran yang profesional berkat keikutsertaan anda.
SIAPAKAH PENERIMA WAKAF AL-QURAN?
Sejak tahun 2019, MyFundAction telah mengedarkan sebanyak 3,400 naskhah Al Quran di 7 buah negara di Afrika
Tahun ini, kami mensasarkan dan mengutamakan edaran di kawasan madrasah yang daif dan di kawasan pedalaman termasuk Mesir.
Antara pakej yang disediakan :
PAKEJ WAKAF A (10 Nama) = RM500
PAKEJ WAKAF B (5 Nama) = RM250
PAKEJ WAKAF C (3 Nama) = RM150
PAKEJ WAKAF D (1 Nama) = RM50
NOTA PENTING: AKAD WAKAF
Untuk teruskan wakaf anda, mohon dibacakan sekali akad wakaf seperti di bawah:
"Saya dengan ini berwakaf sebanyak (jumlah wang yang diwakafkan) atas nama (niat wakaf atas nama siapa) untuk salurkan naskah Quran buat saudara Muslim di Afrika yang dikelola oleh MyFundAction”
Selepas membaca akad ini, anda boleh isi borang maklumat di bawah dan membuat transaksi wakaf.
Ramadhan tinggal beberapa hari lagi. Daftarkan wakaf anda sekarang sementara masih ada masa.