WAQAF QURAN BUAT ANAK-ANAK ASNAF MESIR

“Setiap ayat yang dibaca, pasti ada pahala buat pewakaf”




TRIVIA MENGENAI PENDIDIKAN DI MESIR


Mesir adalah salah satu negara di benua Afrika. Dikenali sebagai bumi Anbiya’, bumi kelahiran dan tempat berdakwahnya beberapa Nabi & Rasul. Di sini juga terbina Universiti Al-Azhar, dikenal sebagai kiblat ilmu, merupakan antara universiti awal di dunia yang menjadi pusat pembelajaran Islam. Tempat lahirnya ramai ulama’ dan cendekiawan Islam.


Sungguhpun begitu, masih ada anak-anak kecil yang tidak mempunyai Al-Quran. Kebanyakannya tinggal di kampung-kampung yang miskin. Jauh dari bandar yang serba moden.






Lihatlah kondisi mereka, sangat berbeza jika dibandingkan dengan keadaan di Malaysia. Ada yang sampai berlari mengejar van yang dinaiki oleh sukarelawan kami, disebabkan mahukan Al-Quran, Kalamullah. 


Di Malaysia, anak-anak kita menangis berebut gadget dan barangan elektronik. Namun di Mesir, anak-anak kecil berebut Al-Quran kerana ingin membaca dan menghafalnya.


Bila ditanya "Mengapa nak sangat hafal Al-Quran?"


Mereka jawab, "Saya mahu jadi ulama’, mahu belajar di Universiti Al-Azhar."






Sangat menjentik hati apabila melihat keikhlasan dan kesungguhan mereka dalam menuntut ilmu. Mereka berjihad dengan kondisi yang terhad.


Ada yang terpaksa mencerai-ceraikan Al-Quran menjadi helaian kerana tidak cukup Quran.


Apabila seorang pelajar selesai menghafal helaian tersebut, akan bertukar helaian Quran dengan pelajar lain yang telah selesai.






Tahukah anda, di kawasan Afrika Tengah dan Barat pula, masih ada pelajar yang gunakan kulit kayu untuk menulis ayat Al-Quran. Mereka mencatat kalimah suci Quran diatas papan kayu sambil menghafaz surah tersebut agar lebih kuat ingatannya.


Namun, bagaimana pula untuk mereka membaca Al-Quran secara harian? 


Oleh itu, MyFundAction mensasarkan untuk menjayakan projek pendidikan di Afrika dengan Program Wakaf Al-Quran.






MUDAHNYA WAKAFKAN QURAN BARU BUAT MEREKA

MyFundAction berbesar hati ingin mengajak anda untuk bersama dalam projek ini. Anda bukan sekadar mendapat pahala wakaf yang berpanjangan mudah-mudahan kami ingin melahirkan generasi Al-Quran yang profesional berkat keikutsertaan anda.





SIAPAKAH PENERIMA WAKAF AL-QURAN?

MyFundAction akan mengedarkan sebanyak 3,400 Al Quran setiap bulan, insya Allah ke 7 buah negara di benua Afrika dan kami mensasarkan dan mengutamakan edaran di kawasan madrasah yang daif dan di kawasan pedalaman.





HADIAHKAN PAHALA WAKAF BUAT IBU BAPA & KENALAN KITA

Selain wakaf untuk diri sendiri, anda juga boleh niatkan wakaf anda untuk:

  • Ibu bapa yang sudah meninggal dunia atau yang masih hidup

  • Isteri, anak-anak atau sahabat yang pernah berbudi dgn kita

  • Lunaskan hutang kita kepada mereka yang kita sudah terputus hubungan

BAGAIMANA NAK BERWAKAF?


Anda boleh pilih pakej ikut kemampuan:

 

✅ WAKAF A (10 NASKAH) = RM 500 

✅ WAKAF B (6 NASKAH) = RM300 (PALING RAMAI)

✅ WAKAF C (3 NASKAH)= RM150

✅ WAKAF D (1 NASKAH) = RM50

 

Kami doakan selagi mana Quran ini dibaca, dihafaz, dikongsi ilmunya kepada anak Afrika lain, selagi itu dicatat pahala buat anda yang sama-sama berwakaf. Aamin YRA.



NOTA PENTING: AKAD WAKAF

Untuk teruskan wakaf anda, mohon dibacakan sekali akad wakaf seperti di bawah:


"Saya dengan ini berwakaf sebanyak (jumlah wang yang diwakafkan) atas nama (niat wakaf atas nama siapa) untuk salurkan naskah Quran baru buat saudara Muslim di Afrika yang dikelola oleh MyFundAction”


Selepas membaca akad ini, anda boleh isi borang maklumat di bawah dan membuat transaksi wakaf.



Perhatian! Sila lengkapkan borang di bawah.

Ruangan yang wajib diisi

PILIHAN SUMBANGAN

Pilihan Kuantiti Nilai (RM)
Pakej A - 10 NASKAH QURAN (RM500)
Pakej B - 6 NASKAH QURAN (RM300)
Pakej C - 3 NASKAH QURAN (RM150) [Recommended!]
Pakej D - 1 NASKAH QURAN (RM50)
Kongsi rezeki RM30
JUMLAH
JUMLAH KESELURUHAN (RM)
Caj Perkhidmatan Peniaga (RM)

BUTIRAN PENYUMBANG

BUTIRAN SUMBANGAN


PENGESAHAN