PEMBEDAHAN JANTUNG 4 MAC 2021, PERLUKAN RM65,000 SEGERA

"Ia adalah sebuah keputusan yang berat dan semestinya seorang ibu akan mendahului keperluan anak berbanding kerja..."
Penyakit jantung kongenital atau berlubang adalah penyakit jantung dalam kalangan kanak-kanak dan orang dewasa sejak kelahiran. Setiap 1,000 kelahiran, 8 daripadanya didapati lahir dengan masalah jantung berlubang.
Antara masalah jantung berlubang yang sering berlaku pada bayi baru lahir ialah kecacatan septum atrium atau ASD (atrial septal defect) dan kecacatan septum ventrikel atau VSD (ventrical septal defect).
Baby Syifa berusia 9 bulan kini sedang mengalami penyakit ini sejak dilahirkan. Sakit ini disedari selepas sebulan kelahirannya yang tiba-tiba demam dan nafas turun naik dengan laju, terus dibawa ke Hospital Beaufort. Setelah diimbas, baby Syifa dimasukkan ke wad dan doktor yang merawatinya merujuk baby Syifa ke Hospital Likas untuk pemeriksaan lanjut.
Ketika di Hospital Likas, baby Syifa disahkan jantung berlubang dan dirujuk ke Hospital Queen Elizabeth untuk pembedahan namun hospital itu tidak dapat melakukan pembedahan tersebut. Baby Syifa terpaksa diterbangkan ke semenanjung untuk dirujuk oleh Hospital Gleneagles Kuala Lumpur bagi menjalani pembedahan jantungnya namun masih tiada tarikh kerana kos tidak mencukupi.
Baby Syifa terpaksa menggunakan tangki oksigen sebagai bantuan untuk bernafas dan perlu bergantung ubat di usia yang sangat kecil. Baby Syifa perlu menghadiri temujanji doktor di Hospital Queen Elizabeth setiap 2 minggu sekali.
Semestinya setiap pesakit yang mengalami masalah ini pasti perlu mengeluarkan biaya yang tinggi untuk kos pembedahan, termasuklah kes baby Syifa. Keluarganya tidak mampu membiayai seluruh kos pembedahan yang mencecah RM 60,000.
Ayahnya bekerja di pasar raya dengan pendapatan lebih kurang RM1,200 sebulan, ibunya pula terpaksa berhenti kerja. Sebagai seorang ibu yang mempunyai anak, semestinya akan memilih untuk menjaga anak yang sakit berbanding bekerja. Itulah yang dilakukan oleh ibu baby Syifa, sebuah keputusan yang sukar namun perlu dibuat untuk menjaga baby Syifa.
Kami dari MyHeart dengan kerjasama MyFundAction membuka Tabung Jantung buat pesakit-pesakit yang kurang berkemampuan seperti keluarga baby Syifa bagi membiayai kos pembedahan dan rawatan yang diperlukan. Kami sangat mengalu-alukan kerjasama dan sokongan anda, semoga dengan perkongsian kita ini dapat meringankan beban yang ditanggung.
========================================
Nama pesakit: Nur Syifa Naura binti Abdullah
Umur: 9 Bulan
Nama ibu: Noraizam binti Jaintan
Tempat Tinggal: Beaufort, Sabah
KEPERLUAN:
Kos RM 65, 000
1) Kos pembedahan
2) Covid Test
3) Penerbangan pergi balik
=======================================
Allah berfirman:
“Dan barangsiapa yang memelihara kehidupan seorang manusia, maka seolah-olah dia telah memelihara kehidupan manusia semuanya.”
(QS. Al Maidah: 32)
Harini kita lihat orang susah, semoga usaha murni kita dibalas lebih baik daripada tindakan kita lakukan harini. Tiada harta yang mampu beli 1 nyawa, ia sangat berharga.